Menu
in , ,

Razer Memperkenalkan Project Ariana, Bakal Bawa Dunia Pra-VR Kepada Seluruh Bilik

Pelbagai perancangan diumumkan Razer di CES 2017.

Razer Chroma, sebuah teknologi lighting yang dibawakan Razer kini akan ditampilkan dengan rakan kongsi daripada pihak ketiga (3rd party partners). Di samping itu, Razer turut mengumumkan “Project Ariana” sistem projection video direka untuk pengalaman gaming sepenuhnya yang pertama di dunia.

Project Ariana adalah projector video berdefinisi tinggi yang menggunakan kanta ultra-wide fish eye dan keupayaan pemprosesan lanjutan untuk mengembangkan pengalaman gaming kepada seluruh bilik.

Project Ariana bakal membawakan sedikit gambaran apakah masa hadapan Razer Chroma. Mengambil konsep lighting RGB kepada ruang projection dan membawakan sebuah dimensi serba baru melalui Razer Chroma, di mana ia bakal berkomunikasi dengan game dalam waktu sebenar bagi mencipta kedua-dua lighting dan kesan video.

“Project Ariana adalah rekaan konsep mempamerkan kuasa dan potensi platform Razer Chroma dalam dunia pra-VR dalam menyambungkan jurang antara gamers dan game,” kata pengasas bersama dan CEO Razer Min-Liang Tan. “Projection video, lighting pelbagai warna dan kecerdasan responsif terhadap enjin Razer Chroma sedang mengubah cara kita bermain game pada hari ini. Kami dan penerbitan dan rakan kongsi teknologi kami sedang mengusahakan solusi paparan baru paparan yang lebih mengagumkan pada hari esok.”

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version