Razer pada hari ini telah mengumumkan yang Razer Game Store akan dibuka di Lazada Malaysia bermula 11 November ini, bersama-sama dengan promosi besar-besaran yang akan dibawakan ke seluruh laman Lazada (festival 11.11).

Pelancaran game store ini ke Lazada Malaysia serentak dengan pelancarannya ke Lazada Filipina, menjadikan ia kini boleh didapati di empat buah negara rantau Asia Tenggara — Singapura, Thailand, Malaysia dan Filipina.

Untuk korang yang mungkin terkeliru, Razer Game Store ini berbeza dengan Razer Official Store. Razer Official Store merupakan laman yang menjual barangan-barangan gaming oleh jenama Razer, manakala Razer Game Store ialah gedung untuk membeli game-game digital (PC) — sama seperti Steam, Uplay, Origin dan lain-lain.

Pada 11 November ini, Razer Game Store akan menawarkan promosi beberapa game popular sehingga 90 peratus, seperti Assassin’s Creed Odyssey.

Melalui pembacaan kami di gedung itu setakat ini, selepas lengkap proses pembelian sesuatu game itu di laman Lazada, mereka akan menghantar emel kepada pembeli — menerangkan bagaimana untuk menebus game ini melalui Steam. Pembeli perlu membuka akaun Razer, dan mendapatkan kod itu di laman Razer terlebih dahulu sebelum boleh menebusnya di Steam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.