in ,

Razer Dedahkan Pelitup Muka N95 Pintar Dengan Lampu RGB, Mikrofon, Amplifier

Syarikat barangan gaming premium tersohor, Razer telah mendedahkan sebuah projek baharu mereka, digelar Project Hazel — dikatakan sebagai pelitup muka paling pintar dan paling mesra sosial.

Razer mengatakan bahawa pelitup muka N95 (perlindungan pernafasan gred perubatan) ini menggunakan ventilator aktif dan Smart Pods yang mudah dipasang-tanggal dan dapat dicas semula yang mengawal aliran udara untuk pernafasan yang optima.

Project Hazel juga membawakan rekaan lutsinar yang boleh menampakkan senyuman atau gelak ketawa di sebalik pelitup muka tersebut.

Kemudian, ia turut hadir dengan mikrofin dan amplifier terbina, sekaligus meningkatkan komunikasi pemakai yang kadang-kala terjejas percakapannya apabila menggunakan pelitup muka.

Lampu RGB pula akan menyala secara automatik apabila ia berada dalam persekitaran gelap.

Razer turut memperlihatkan kotak untuk menyimpan pelitup muka ini yang mempunyai dua fungsi utama. Pertama, kotak ini digunakan untuk mengecas pelitup muka ini, keduanya, digunakan untuk sanitasi daripada bakteria dan virus menggunakan cahaya UV yang terbina di dalam kotak itu.

Walau bagaimanapun, di sebalik bermacam teknologi yang didedahkan ini, Project Hazel masih lagi sebuah rekaan konsep. Ia masih belum bersedia untuk dipasarkan.

Dalam keadaan seluruh dunia kini sedang rancak memberikan vaksin, adakah Project Hazel ini akan benar-benar menjadi kenyataan dan pratikal untuk digunakan, atau hanya akan tinggal sebagai sebuah rekaan konsep sahaja?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
MSI 500 Series Platforms Making World Debut on 27th January

MSI 500 Series Platforms Making World Debut on 27th January

Bethesda Sedang Membangunkan Game Indiana Jones Dengan Kerjasama Lucasfilm Games

Bethesda Sedang Membangunkan Game Indiana Jones Dengan Kerjasama Lucasfilm Games