in , , ,

Razer Blackwidow Chroma: Boleh Beli or Boleh Blah!

Penulis JomGaming, Liza Langkasuka telah mencuba gaming keyboard Razer Blackwidow Chroma – jom baca pengalaman beliau!

Pada awal tahun 2017, saya berazam untuk menaiktaraf kubu gaming saya dengan menyediakan sudut khas untuk PC gaming. Saya ingin membina kesemuanya dari kosong dengan motherboard canggih, processor yang berkualiti, kad grafik berjenama dan lain-lain boleh dipadatkan dalam satu casing cantik beserta satu gaming mouse yang responsif.

Dan sudah tentulah, set gaming keyboard yang manis seperti keyboard mekanikal dengan pencahayaan RGB – Razer Blackwidow Chroma.

Saya juga ingin menafikan mana-mana pihak yang mengisytiharkan saya seorang insan mudah digoda dengan perkakasan berjenama bangsawan. Keybod ini memang satu keperluan. Percayalah!

JomBaca: BlackWidow Chroma V2 Diperkenalkan, Hadir Dengan Pelbagai Pembaharuan!

Pandangan Pertama dan Rupa Bentuk

Keyboard berjenama terkemuka Razer telah wujud sejak tahun 2010, dan sekarang ia adalah salah satu daripada keyboard mekanikal dalam pasaran yang sangat popular. Keluaran terbaru Blackwidow Chroma dihasilkan dengan integrasi cahaya RGB dan dengan harga pasaran yang cukup membakar dompet. Aduuhhh…

Ini semuanya keperluan. Ehem.

Berbeza dengan keluaran Blackwidow Ultimate, keyboard ini tak dipasang dengan suis mekanikal jenama Cherry MX. Sebaliknya, ia dimuatkan dengan suis klon yang berjenama tersendiri; Razer Green yang mantap berbunyi dan Razer Orange yang lebih sunyi untuk keyboard Blackwidow Chroma Stealth.

Struktur keseluruhan BlackWidow adalah lebih pada reka bentuk klasik jika berbanding dengan keyboard mekanikal lain seperti gaya terapung Corsair Vengence K70 RGB atau gaya futuristik Logitech G910 Orion Spectrum. Walapun berbadan plastik, keyboard ini terasa agak berat dan kukuh. Kadang-kadang, jika tangan berpeluh lepas beberapa jam gaming, ternampak juga cap jari pada permukaan matte dan hendaklah disapu bersih dengan kain.

Pekara yang paling jelas pada siri keyboard Razer ini adalah lampu backlighting chroma, kini dengan cahaya RGB pada setiap suis kekunci. Justeru, Blackwidow memberi kebebasan kreativiti dan ciri gaya sebagai gamer dengan sebuah set pencahayaan spektrum pelbagai warna berserta penyesuaian corak kawalan cahaya secara custom. Tak dapat dipastikan jika kemahiran gaming akan meningkat dengan adanya bling-bling pelangi RGB; yang pentingnya kitorang mesti bergaya!

Ciri-ciri Hardware

Suis mekanikal ‘clicky’ Razer Green adalah suis klon yang berdasarkan pada Cherry MX Blue. Ramai berpendapat tekanan sentuh pada suis mekanikal Razer Green berasa sikit lebih keras dan padat dari Cherry MX. Elok jugak kalau suka gaming secara intensif untuk berjam-jam! Saya membandingkan keyboard ini dengan HP KU-0316 dan laptop ZBook (ala standard perkakasan pejabat) dan saya rasa butang kekunci masih cukup responsif selagi saya menaip dengan tegas.

Korang boleh laraskan ketinggian dengan tapak clip di bawah keybod.

Dengan Blackwidow Chroma, korang boleh membuat reprogramming penuh untuk semua kekunci tetapi ia juga mempunyai satu baris dengan lima kekunci makro yang agak menambahkan kelebaran keyboard . Ini berguna sekiranya tak mahu untuk mengubah mana-mana kekunci default, tetapi hendaklah membiasakan diri dengan penempatan kekunci makro di sebelah kiri. Contohnya, sering kali saya tertekan butang M4 bila nak menekan Shift.

keyboard ini juga mempunyai beberapa akses media untuk mengubah suai kecerahan backlighting, nada suara audio, dan kawalan playback dengan beberapa butang sahaja. Tambah-tambah lagi, keyboard ini juga mempunyai satu port USB, lubang audio dan bicu mikrofon tersembunyi pada sebelah kanan.

Source: EN-Manual-Razer BlackWidow Chroma US

Konfigurasi dengan Aplikasi Razer Synapse

Razer Synapse adalah software konfigurasi cloud-based yang memberi kawalan penuh pada keyboard dengan pelbagai ciri dan fungsi. Selain dari boleh menetapkan warna unik pada individu kekunci dan membina profil bertema, korang juga boleh menetapkan aplikasi spesifik pada  mana-mana butang, justeru dapatlah satu hotkey bila tak sabar nak masuk aplikasi game. Dengan GUI yang jelas dan ringkas, Synapse adalah intuitif dan mudah untuk digunakan.

Secara default, keyboard ini datang dengan beberapa set perubahan kesan cahaya. Contohnya Wave adalah kesan mod warna dipilih akan bergelombang mengikut arah kiri atau kanan. Spectrum cycling menunjukkan kitaran warna mengikut pelangi, manakala Breathing adalah kesan mod yang menyebabkan lampu keyboard berdenyut menjadi gelap dan menjadi cerah semula.

Dengan fungsi Custom Configuration, korang boleh membina corak kesan warna sendiri. Lebih-lebih lagi hasil kreatif profile bertema juga boleh dikongsi dengan ramai! Semua ciri-ciri ini boleh dimuatnaik dan turun dari laman web Razer. Di situ terdapat juga beberapa template kesan cahaya yang boleh dipasang untuk pelbagai game masa kini, seperti Counter Strike: Global Offensive, DotA 2, League of Legends, Starcraft II dan banyak lagi game MMO dan FPS.

Keputusan Boleh Beli or Boleh Blah!?

Semasa waktu gaming, tak hairanlah Blackwidow Chroma memang hampir tiada tandingan. Butang kekunci berasa selesa dan memuaskan, tidak kira semasa saya merantau dan membuat kraftangan di Skyrim atau tengah giat spamming menekan hotkeys semasa bertarung di Diablo 3. Walaubagaimanapun, jika korang tak biasa dengan keyboard mekanikal yang berbunyi, ia mungkin boleh mengganggu dan menjengkelkan hati rakan sekerja atau ahli keluarga dalam ruang yang sama. Justeru, eloklah memilih versi Blackwidow Chroma Stealth!

+ Set suis mekanikal razer Green adalah khas untuk sesi gaming berjam-jam
+ Kebolehan macro programming
+ Rekabentuk perkakas yang kemas
+ Cahaya RGB yang boleh diubahsuai dengan pelbagai cara
+ Profil bertema boleh dimuatnaik dan dikongsi antara gamer

 Harga tahap bangsawan
 Set suis mekanikal rasa agak kenyal bila diguna untuk tugas menaip
 Bunyi ‘clicky’ agak boleh menjengkelkan orang sebelah
Permukaan perkakas terlalu senang terkena kotoran
 Mukjizat RGB tidak meningkatkan kemahiran gaming saya, tapi tampil bergaya

Razer Blackwidow Chroma boleh didapati dimana-mana vendor gaming yang berstok produk Razer ataupun di laman web Razerzone.com dengan harga RM764.15.

Written by Liza Langkasuka

Gadis ini amat meminati game RPG dan FPS. Beliau juga bersemangat untuk mencapai tahap tertinggi di dalam game Destiny, Division, Rainbow Six: Siege dan terbaru Overwatch.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Lagi Petunjuk Karakter Doomfist Dalam Overwatch! Blizzard Main Acah-Acah Di Twitter Pula!

Lagi Petunjuk Karakter Doomfist Dalam Overwatch! Blizzard Main Acah-Acah Di Twitter Pula!

God of War Terbaru Dikhabarkan Akan Tiba Pada Disember 2017