in , , ,

Rating PUBG Untuk PS4 Didaftarkan Di Korea – Akan Dilancarkan Ke PS4 Tidak Lama Lagi?

Kita semua sudah mengetahui bahawa PlayerUnknown’s Battleground (PUBG) pasti akan dilancarkan ke “semua platform”, seperti yang dikatakan oleh CEO PUBG Corp. sebelum ini, menandakan yang ia tetap akan dikeluarkan ke platform PS4. 

Namun, persoalan yang sentiasa bermain di minda para pemain PS4 ialah “bila?”. Bilakah PUBG akan menamatkan konsol eksklusif yang kini dipegang oleh Xbox?

Laporan terbaru ini mungkin telah memberikan kita petanda bahawa pelancaran PUBG ke PS4 mungkin lebih dekat daripada apa yang kita jangkakan.

Korean Ratings Board, iaitu badan yang memberikan rating (menapis) game-game di Korea Selatan, telah menyenaraikan PUBG untuk PS4. Pendaftaran ini telah dilakukan pada 19 September 2018, dan ramai sudah mula berteka-teki apakah game ini akan dilancarkan ke platform Sony itu dalam masa terdekat.

PUBG buat masa ini boleh dimainkan di PC dan Xbox One, manakala PUBG Mobile, yang mempunyai model bisnes yang sedikit berbeza, boleh dimainkan di iOS dan Android.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Rockstar Umumkan Red Dead Online, Open Beta Akan Diadakan Pada November

Xbox Perli Pengumuman PlayStation Classic Dengan Menaikkan Tentang Fungsi Backward Compatibility Xbox One