Beberapa tahun kebelakangan ini, Sony semakin rancak memindahkan sebahagian game exclusive console mereka ke PC.
Game exclusive seperti Horizon, God of War, Uncharted dan yang paling latest The Last of Us Part 1 telah berjaya di-port-out-kan ke PC untuk peminat Master Race ini merasai sendiri kehebatan game eksklusif Sony yang selama ini hanya dilancarkan untuk console Playstation sahaja.
Kini Sony sekali lagi menjudikan nasib game exclusive mereka dengan melancarkan game Ratchet & Clank: Rift Apart di platform PC baru-baru ini.
Adakah game ini bakal beraksi dengan cemerlang di port PC? Atau akan menerima nasib yang sama seperti The Last of Us Part 1 yang mengalami masalah dari hari pertama pelancarannya ke PC sehingga hari ini?
Mari kita bedah game ini sama-sama.
Sedikit skeptical namun all is well
Sebagai pengenalan, aku takkan bercerita mengenai jalan cerita game Ratchet & Clank Rift Apart sebab aku pun dah pernah buat review game ini dua tahun lepas apabila ia mula dilancarkan untuk konsol PS5. Jadi korang bolehlah cari sendiri review tersebut.
Apa yang aku nak fokuskan di sini sebagai pembuka bicara ialah variasi tetapan grafik dan gameplay yang menjadi satu kelebihan apabila sesebuah game itu dilancarkan di PC.
Aku sebenarnya agak skeptikal pada mulanya apabila Sony decide untuk launch game ini di PC — aku risau ianya akan menerima nasib yang sama seperti The Last of Us Part 1.
Namun secara jujurnya aku rasa ianya taklah seteruk seperti apa yang aku gambarkan, game ini run smooth like a butter walaupun spec PC aku taklah high-end mana, boleh dikatakan tahap mid tier sahaja.
GPU yang aku gunakan untuk run game ini ialah Nvidia RTX 3060ti dengan tahap resolution 1080P very high setting tanpa ray tracing. Aku boleh katakan hampir tiada major problem yang aku hadapi sepanjang aku bermain game ini, tidak ada bug remeh yang mengganggu pengalaman bermain game ini.
Variasi untuk pelbagai lapisan masyarakat
Selain itu juga korang boleh pilih tetapan grafik mengikut kemampuan PC korang dan mengambil advantage untuk menggunakan teknologi upscaling DLSS 3.0 dari Nvidia serta FSR 2.1 dari GPU AMD yang sangat membantu dalam melancarkan fps permainan.
Melalui post dari Blog PlayStation, minimum specs untuk run Ratchet & Clank Rift Apart pada setting very low iaitu dalam 720p dan 30fps, korang memerlukan sekurang-kurangnya CPU Intel Core i3-8100 atau AMD Ryzen 3 3100, serta GPU NVIDIA GeForce GTX 960 atau AMD Radeon RX 470 dengan 8GB RAM.
Itu spec paling cikai lah korang nak main game ni, itu pun kalau korang up sikit kat setting memang boleh berasap GPU korang. Bagi specs yang disyorkan oleh pihak Sony, iaitu pada resolution 1080p dan 60fps, korang memerlukan CPU Intel Core i5-8400 atau AMD Ryzen 5 3600, serta GPU NVIDIA GeForce RTX 2060 atau AMD Radeon RX 5700 dan 16GB RAM. Namun kalau korang kaya nak mampus, korang bolehlah cuba specs Intel Core i7-12700K atau AMD Ryzen 9 5900X CPU, GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 dan 32GB RAM untuk pengalaman full high ray-tracing setting dalam 4K 60fps.
Tak perlu SSD, Namun….
Aku sebenarnya agak terkejut apabila specs yang ditularkan sebelum game ini dilancarkan menyatakan yang game ni tak perlu semestinya run pakai SSD, kalau pakai HDD pun boleh run tapi ni untuk specs yang minimum.
Kalau diikutkan dalam game Ratchet & Clank Rift Apart ni banyak scene dimension jump yang secara logiknya seperti yang dilancarkan di PS5 sebelum ini memerlukan SSD yang sangat laju.
Jadi adakah korang akan dapat experience yang sama kalau korang pakai HDD? Well, it depends tapi secara overall tiada masalah yang besar pun kalau korang pakai HDD untuk run game ni.
Ini menjadi tidak mustahil kerana sebelum ni Windows ada melancarkan satu mahluk yang bernama DirectStorage yang melancarkan loading time game dengan decompress sebahagian data menggunakan GPU berbanding fully CPU, cewah dah macam pakai IT pakar ekonomi, jaguh sukan dan juga jutawan.
So kalau korang hanya ada HDD je takpe, still boleh main, mungkin korang akan mengalami freeze sebentar apabila ada scene dimension jump dan loading game yang sedikit lama tapi secara keseluruhan ianya tidak mengganggu sangat permainan.
Melalui pengamatan aku apabila menonton review Ratchet & Clank menggunakan HDD, perbezaan fps tidaklah begitu ketara lebih-lebih lagi apabila korang gunakan GPU, CPU serta RAM yang high-end. Jadi korang jangan buang dulu HDD lama korang tu, mungkin boleh digunakan lagi, bukan setakat buat hidden files banyak-banyak sahaja, alamak.
Boleh beli ke boleh blah bak hang?
Kesimpulannya, sebagai rumusan, dapatlah disimpulkan, secara khususnya, bahawa game Ratchet & Clank Rift Apart versi PC ini merupakan salah satu port out dari konsol yang berjaya dari Sony.
Kesemua bahagian game ini hampir sempurna dan tiada cacat cela yang ketara serta boleh dinikmati dari semua lapisan masyarakat sama ada dari masyarakat 720p sehinggalah masyarakat 4K UHD.
Jadi untuk pengguna PC, adakah aku suggest untuk korang beli game ini? Jika korang takda PS5, ya, aku rasa game ini sangat berbaloi untuk dicuba.
Gabungan grafik yang mengagumkan serta gameplay yang mengasyikkan dapat membuatkan korang terleka dan hanyut serta hampir terlupa solat isya’ sebelum tidur.
Port out dari console yang hampir zero bug ini boleh jadi satu asbab kenapa korang kena try game ini. Ratchet & Clank: Rift Apart bukanlah satu game yang try hard sangat dan lebih kepada santai-santai sahaja selagi korang tak naikkan difficulty level lah.
Namun kalau korang ada PS5, better main kt PS5 jelah, tak payah pening nak setting-setting grafik bagai, lepastu kalau korang dah subscribe PlayStation Plus Extra lagilah tak payah buang duit nak beli game ini, boleh je download dekat Game Catalog.
Comments
Loading…