in ,

Ratchet & Clank: Rift Apart Kini Boleh Dipra-Tempah, Edisi Standard Pada RM299

Sony telah mengumumkan bahawa pra-tempah Ratchet & Clank: Rift Apart untuk PS5 sudah boleh dilakukan sekarang.

Terdapat dua edisi yang boleh didapati untuk game yang dibangunkan oleh Insomniac Games ini. Pertama, Standard Edition dan kedua, Deluxe Edition.

Untuk Standard Edition, pemain boleh dapatkan melalui disk fizikal di kedai game yang disahkan oleh Sony atau secara digital di PlayStation Store. Kedua-duanya berharga RM299.

Bagi pembelian disk fizikal di kedai game yang disahkan oleh Sony, korang akan turut mendapat Ratchet & Clank: Rift Apart Magnet Set.

Untuk Deluxe Edition, ia hanya boleh didapati secara digital di PlayStation Store, berharga RM339. Berikut ialah kandungan digital yang akan korang dapati melalui edisi ini:

  • Five Armour Sets
  • Photo Mode Sticker Pack
  • 20 Raritanium
  • Digital Soundtrack
  • Digital Art Book

Semua edisi yang disebut di atas, sama ada Standard Edition
(disk dan digital) dan Deluxe Edition, melakukan pra-tempah akan mendapat dua item dalam game iaitu Pixelizer Weapon dan Carbonox Armour set.

Ratchet & Clank: Rift Apart akan dilancarkan untuk PS5 pada 11 Jun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fortnite Memperkenalkan Matchmaking Berdasarkan Skil, Pemain Baru Lawan Dengan Bot

Epic Games Perlu Bayar Sony Untuk Membenarkan Cross-Play Dalam Fortnite, Dedah CEO Epic

Disney+ Hotstar Malaysia Tidak Boleh Ditonton Di Konsol Gaming Seperti PS4, PS5, Xbox