in , ,

Ratchet & Clank: Rift Apart Akan Menampilkan Ray-Tracing Dengan 60fps

Insomniac Games telah mengumumkan sesuatu yang agak menarik untuk game mereka yang akan dilancarkan pada minggu hadapan.

Pada hari pertama pelancaran, Ratchet & Clank: Rift Apart akan disajikan dengan ray-tracing bersama-sama dengan framerate 60fps.

Berita ini sekaligus membuktikan apakah yang mampu dilakukan oleh PS5 memandangkan kebanyakan game generasi terkini (PS5 dan Xbox Series) terpaksa mengorbankan framerate kepada hanya 30fps untuk menikmati grafik yang lebih realistik melalui ray-tracing.

Berita ini didedahkan dalam satu tweet, yang mana turut memaparkan sedikit gameplay 60fps selama 30 saat. Boleh tontonnya di bawah:

Ratchet & Clank: Rift Apart akan dilancarkan eksklusif untuk PS5 pada 11 Jun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bantu Gaza Dengan Beli Game Buatan Pembangun Palestin Ini, Termasuk Percuma Ratusan Game Indie Yang Didermakan

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Berjudul ‘Battlefield 2042’, Sesi Beta Bulan Ini