Setelah butiran tentang konsol ini tertiris beberapa jam yang lalu, Microsoft akhirnya telah mengumumkan secara rasmi Xbox Series S.
Dalam satu tweet yang dikeluarkan, Microsoft mendedahkan bahawa Xbox Series S akan menyajikan prestasi generasi akan datang dalam saiz Xbox paling kecil pernah dikeluarkan mereka. Paling menarik, harga yang akan dipasarkan adalah sangat rendah, iaitu USD299 (sekitar RM1245).
Mereka menjanjikan yang butiran lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat. Bila? Mereka belum dedahkan.
Sebelum Microsoft mengumumkan secara rasmi, semua butiran tertiris tentang Xbox Series S yang dilaporkan Windows Central adalah tepat. Bermakna, sekiranya tepat sekali lagi, Xbox Series X, konsol generasi akan datang utama oleh Microsoft, pesaing utama PS5, akan berharga USD499 (sekitar RM2078).
Comments
Loading…