in ,

Rasmi: The Last of Us Part II Akan Dilancarkan Pada Jun, Ghost of Tsushima Pada Julai

Dua tiga hari ini merupakan hari-hari yang sukar untuk pasukan pembangunan The Last of Us Part II. Setelah jalan cerita utamanya tertiris di Internet semalam, Sony Interactive Entertainment akhirnya telah mengumumkan tarikh pelancarannya pada hari ini.

The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun 2020.

Bersama-sama dengan tarikh pelancaran game keluaran Naughty Dog ini, Sony turut mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk Ghost of Tsushima, iaitu akan dilancarkan pada 17 Julai 2020. Dalam kata lain, game yang dibangunkan Sucker Punch ini telah ditunda dari tarikh asalnya pada 26 Jun.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di PlayStation Blog, Ketua Worldwide Studios SIE, Hermen Hulst berkata:

“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih secara peribadi kepada Naughty Dog dan Sucker Punch Productions atas pencapaian mereka, seperti yang kita tahu ia bukannya mudah untuk sampai ke garisan penamat di bawah situasi ini [pandemik COVID-19]. Kedua-dua pasukan telah menyajikan pengalaman bertaraf dunia, dan kami tidak sabar untuk melihat apa yang kamu fikirkan terhadap game-game ini apabila ia dilancarkan dalam beberapa bulan lagi.”

“Dan akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada komuniti PlayStation atas sokongan dan kesabaran mereka yang berterusan.”

Pastinya seluruh peminat PlayStation pada ketika berharap agar ini merupakan tarikh pelancaran terakhir untuk kedua-dua game eksklusif Sony yang sangat dinantikan ini, dan tiada lagi perubahan selepas ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Map-Map Nostalgia Bakal Kembali Dalam Battlefield V, Saksikan Trailer Terbaru Pertempuran Pasifik

Selamat Tinggal Battlefield V – DICE Umumkan Kemaskini Utama Terakhir Pada Jun Ini

Blood Moon: Genesis: Game Buatan 7 Pelajar Malaysia Yang Seumpama Dark Souls, Mainkan Percuma

Blood Moon: Genesis: Game Buatan 7 Pelajar Malaysia Yang Seumpama Dark Souls, Mainkan Percuma