in , ,

Rasmi: Sony Akan Tutup PS Store Di PS3, Vita, PSP – Tapi Masih Boleh Muat-Turun Game Yang Telah Dibeli

Minggu lalu, terdapat satu laporan muncul yang mengatakan Sony dikatakan akan menutup PlayStation Store di PlayStation 3, PlayStation Vita dan PlayStation Portable (PSP).

Ternyata, laporan tersebut adalah sahih kerana Sony telah mengumumkannya secara rasmi di laman sokongan PlayStation mereka.

PS Store di PS3 dan PSP akan ditutup pada 2 Julai 2021, manakala di PS Vita pula pada 27 Ogos 2021.

Walau bagaimanapun, bagi korang yang telah membeli banyak game digital di ketiga-tiga platform ini, jangan bimbang kerana korang tetap akan boleh bermain game-game itu. Game-game tersebut telah dimasukkan dalam akaun PlayStation Network korang — korang boleh muat-turun melalui Download List dan mainkannya pada bila-bila masa walaupun selepas penutupan PS Store di platform tersebut.

Penutupan PS Store ini hanya memberi kesan kepada pembelian-pembelian baharu iaitu tidak lagi dibenarkan untuk membeli game, DLC atau apa-apa item baharu di platform itu.

Oleh itu, kepada korang yang masih lagi menggunakan platform-platform ini, dan berhasrat untuk menggunakannya dalam jangka masa lama lagi, bolehlah beli apa-apa game atau DLC yang diingini sebelum tarikh-tarikh penutupan seperti yang disebut di atas.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Macam Mana Rupanya Kalau Mads Mikkelsen Yang Bawakan Watak Geralt of Rivia? Ilustrasi Ini Ada Jawapannya

Battlefield Seterusnya Dilaporkan Hanya Berjudul ‘Battlefield’, Latar Masa 10 Tahun Akan Datang