in

Rasmi: Respawn Sedang Bangunkan 3 Game Star Wars – Sekuel Star Wars Jedi, First-Person Shooter, Strategi

Kejayaan Star Wars Jedi: Fallen Order nampaknya benar-benar telah menambat hati Disney dan Lucasfilm Games.

Kini, mereka telah mengumumkan bukan satu, bukan dua, tetapi tiga buah game Star Wars dengan kerjasama Electronic Arts dan Respawn Entertainment.

Tiga game Star Wars yang sedang dibangunkan adalah game seterusnya dalam francais Star Wars Jedi, sebuah game strategi dan sebuah game first-person shooter — semuanya dibangunkan oleh Respawn Entertainment.

Stig Asmussen dari Respawn akan bertindak sebagai pengarah untuk game seterusnya dalam francais Star Wars Jedi. Apa yang menarik tentang istilah yang digunakan untuk game ini adalah “game seterusnya dalam francais”, dan bukannya “sekuel”. Bermakna, teori yang mengatakan game seterusnya itu tidak akan membawakan kisah Cal Kestis, sebaliknya memperkenalkan satu karakter baharu, masih lagi boleh dipakai.

Peter Hirschmann pula akan mengetuai game first-person shooter baharu itu sebagai pengarah. Game ini juga sememangnya sesuatu yang mengujakan. Selepas melihat apa yang Respawn mampu lakukan dengan francais Titanfall dan Apex Legends, ini adalah keputusan yang bijak untuk memberikan tugas ini kepada studio tersebut. Adakah ianya siri Battlefront atau bukan? Multiplayer atau single-player story? Masih belum didedahkan.

Game strategi yang sedang dibangunkan itu pula akan diketuai oleh Greg Foertsch. Respawn akan bertindak sebagai penerbit game ini, manakala pembangunannya akan diketuai oleh studio Bit Reactor.

Sebarang platform dan tarikh pelancaran untuk ketiga-tiga game ini masih belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lagak Ngeri Paling Sukar Pernah Dilakukan, Kata Tom Holland Tentang Babak Kapal Terbang Filem Uncharted

Ini Bonus Eksklusif Yang Pelanggan PlayStation Plus Dapat Dalam Call of Duty: Warzone

3 Game Call of Duty Lagi Dilaporkan Akan Dilancarkan Ke PlayStation