in , , , ,

Rasmi: Red Dead Redemption 2 Akan Dilancarkan Pada 26 Oktober Untuk PS4 Dan Xbox One

Game yang sangat dinantikan ini telah ditunda sekali lagi, kali ini ke Oktober pula.

Rockstar telah mengeluarkan satu kenyataan baru, mengumumkan yang Red Dead Redemption 2 telah ditunda sekali lagi. Namun, kali ini, ia telah menetapkan tarikh yang tepat untuk pelancaran game ini.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan pada 26 Oktober 2018 untuk PS4 dan Xbox One.

Rockstar berkata yang walaupun mereka berharap untuk mengeluarkan game ini dengan lebih awal, tetapi mereka nampaknya memerlukan masa yang lebih untuk mencantikkan lagi game ini.

Mereka turut berkongsi beberapa screenshots terbaru daripada game ini bagi mengubati sedikit berita penundaan ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Suicide Forest – Game Yang Mengambil Inspirasi Dari Peristiwa Logan Paul Akan Dibuang Dari Xbox

EA Sebut Tentang Kejayaan PUBG Dan Fortnite – Mungkin Battlefield Battle Royale Akan Dihasilkan?