Netflix telah mendedahkan secara rasmi beberapa pelakon tambahan yang bakal menyertai musim kedua siri TV yang menjadi siulan ramai kini, The Witcher.
Pastinya yang menjadi perhatian dalam senarai nama pelakon yang diumumkan ini ialah Kristofer Hivju, pelakon yang lebih dikenali sebagai Tormund Giantsbane dalam siri TV di HBO, Games of Thrones. Selari dengan laporan awal yang muncul pada bulan lalu, Hivju akan membawakan watak Nivellen.
Di bawah ialah senarai penuh nama dan watak yang telah diumumkan Netflix sebagai bintang-bintang baharu yang akan mewarnai musim kedua siri tersebut:
- Yasen Atour sebagai Coen
- Agnes Bjorn sebagai Vereena
- Paul Bullion sebagai Lambert
- Kristofer Hivju sebagai Nivellen
- Thue Ersted Rasmussen sebagai Eskel
- Aisha Fabienne Ross sebagai Lydia
- Mecia Simson sebagai Francesca
The Continent just got a little bigger. Here's the new cast of #TheWitcher Season 2:
Yasen Atour as Coen
Agnes Bjorn as Vereena
Paul Bullion as Lambert
Kristofer Hivju as Nivellen
Thue Ersted Rasmussen as Eskel
Aisha Fabienne Ross as Lydia
Mecia Simson as Francesca— NX (@NXOnNetflix) February 21, 2020
Walau bagaimanapun, pengumuman ini sebenarnya masih belum menjawab satu persoalan tentang satu watak yang sangat penting dalam musim kedua itu nanti, iaitu Vesemir. Siapakah yang akan menghidupkan watak mentor kepada Geralt ini? Adakah Mark Hamill yang dilaporkan telahpun ditawarkan watak ini oleh Netflix? Apakah Hamill menerima atau tidak watak ini?
Sama-samalah kita nantikan pengumuman seterusnya daripada Netflix. Sementara itu, sebagai peringatan, kesemua lapan episod musim pertama The Witcher boleh distrim di Netflix sekarang.
Comments
Loading…