Impian ramai peminat untuk melihat Mark Hamill menghidupkan watak Vesemir dalam siri The Witcher di Netflix nampaknya tidak kesampaian.
Netflix telah mengumumkan secara rasmi siapakah yang akan membawakan watak Vesemir, mentor kepada Geralt itu — pelakon tersebut ialah Kim Bodnia.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Netflix berkata, “Memperkenalkan Vesemir: Kim Bodnia akan memainkan watak Witcher paling tua dan paling berpengalaman di Continent itu dalam musim 2 The Witcher.”
Introducing Vesemir: Kim Bodnia will play the Continent's oldest and most experienced Witcher in Season 2 of #TheWitcher. pic.twitter.com/HAmYciZ5K4
— NX (@NXOnNetflix) February 28, 2020
Pelakon berasal Denmark itu pernah tercalon dalam BAFTA untuk kategori Pelakon Pembantu Terbaik melalui peranannya dalam siri tv Killing Eve.
Apakah beliau juga akan melakonkan suara atau tidak untuk filem animasi The Witcher yang telah diumumkan Netflix sebelum ini masih belum didedahkan.
Musim kedua The Witcher kini sedang dalam penggambaran selepas musim sulungnya menjadi fenomena global, yang kini boleh distrim di Netflix.
Comments
Loading…