Setelah sekian banyak laporan dan info tertiris yang muncul, Horizon Zero Dawn akhirnya secara rasmi diumumkan akan dilancarkan ke platform PC.
Dalam satu temubual bersama PlayStation Blog, Ketua PlayStation Worldwide Studios, Hermen Hulst telah mengesahkan bahawa game pasca-apokalips futuristik-robotik yang dibangunkan Guerrilla Games itu akan dilancarkan ke Steam pada musim panas tahun ini (sekitar Jun-September).
It's confirmed! Horizon Zero Dawn Complete Edition is coming to PC 🏹
We're excited that more players will be able to meet Aloy and explore the world of Horizon Zero Dawn this summer! https://t.co/Q1BknmCsQT
— Guerrilla (@Guerrilla) March 10, 2020
Beliau mendedahkan bahawa butiran lanjut tentang pelancaran game yang memenangi banyak anugerah itu akan dikongsikan oleh pihak Guerrilla sendiri dalam masa terdekat.
Hulst turut mengesahkan bahawa pelancaran Horizon Zero Dawn ke PC bukanlah bermakna kesemua game eksklusif PlayStation akan mengikut jejak sama.
“Dan mungkin untuk menenangkan keadaan, melancarkan satu game AAA pihak pertama ke PC bukanlah semestinya bermakna bahawa setiap game bakal tiba ke PC. Dalam fikiran saya, Horizon Zero Dawn sangat tepat dalam situasi ini. Kami belum ada perancangan untuk tarikh [pelancaran PC], dan kami komited 100% untuk hardware yang berdedikasi.”
Laman Horizon Zero Dawn di Steam sudahpun dinaikkan, dan korang boleh lawatinya di sini.
Horizon Zero Dawn Complete Edition for PC is coming to Steam this summer!https://t.co/8aUMR0dNTF pic.twitter.com/Ob1OhJMVM2
— Guerrilla (@Guerrilla) March 10, 2020
Secara peribadi, penulis teruja dengan pengesahan bahawa game ini akan dilancarkan ke PC. Melalui photo mode yang ada di PS4 pun sudah cukup membuatkan screenshot-screenhot yang diambil para pemain sangat mengagumkan, penulis tidak sabar untuk melihat apakah yang mampu dilakukan oleh komuniti PC pula terhadap dunia Horizon Zero Dawn yang cukup indah itu.
Comments
Loading…