Sony Interactive Entertainment (SIE) secara rasminya telah mengumumkan kenaikan harga pasaran untuk konsol PlayStation 5.
Kini, harga rasmi untuk PS5 Edisi Digital adalah RM2,069, manakala PS5 Edisi Disk pula adalah RM2,499.
Harga terbaharu ini sekaligus memperlihatkan peningkatan sebanyak RM200, di mana harga asal ketika pelancarannya pada Disember 2020 adalah RM1,869 (Edisi Digital) dan RM2,299 (Edisi Disk).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di PlayStation Blog, Presiden & CEO SIE, Jim Ryan mengesahkan yang peningkatan harga ini berlaku merentasi Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia Pasifik, Amerika Latin, dan Kanada. Walau bagaimanapun, tiada peningkatan harga di Amerika Syarikat.
Alasan yang diberikan atas peningkatan ini adalah cabaran ekonomi global termasuk kadar inflasi yang tinggi serta trend matawang yang buruk.
Sony turut menyatakan yang fokus utama mereka pada ketika ini adalah untuk meningkatkan bekalan unit PS5 supaya lebih ramai pemain dapat bermain konsol itu.
At the beginning, I was still puzzled. Since I read your article, I have been very impressed. It has provided a lot of innovative ideas for my thesis related to gate.io. Thank u. But I still have some doubts, can you help me? Thanks.