in , , ,

Rasmi: God of War Akan Keluar Pada 20 April Ini, Story Trailer Terbaru Akan Buat Korang Menangis

We are not men. We are more than that.” – Kratos kepada Atreus.

Sony sememangnya tidak pernah mengecewakan dalam membuat kejutan kepada kita. Dalam masa banyak khabar angin kuat mengatakan yang God of War terbaru akan dilancarkan pada 22 Mac ini, Sony tampil mengumumkan yang semua khabar angin itu adalah salah.

Ia telah rasmi, God of War akan keluar pada 20 April ini.

Mendedahkan tarikh pelancaran ini, mereka turut mengeluarkan satu video story trailer serba baru, membawakan lebih banyak aksi dan perbualan antara Kratos dan anak lelakinya, Atreus.

Semestinya, antara dialog yang akan membuatkan ia berkait dengan siri God of War sebelum-sebelum ini ialah apabila Kratos menyatakan “Terdapat akibatnya kalau membunuh dewa-dewa”, dan Atreus menjawab, “Macam mana kamu tahu?”. Kemudian, Kratos berkata lagi kepada Atreus, “Kita bukanlah lelaki (manusia). “Kita lebih daripada itu”.

Sekali lagi, God of War akan dilancarkan pada 20 April 2018, eksklusif untuk PlayStation 4.

JomBaca: Pengarah God of War Sahkan Tiada Season Pass Diperlukan Untuk God of War Akan Datang

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Kesinambungan Assassin Brotherhood Dalam DLC Assassin’s Creed Origins: The Hidden Ones

Ingin Wakili Asia Tenggara Dalam FIFA 18 Di Kejohanan Virtuelle Bundesliga Di Jerman? Inilah Peluang Korang!