Semalam, kita telah digemparkan dengan satu laporan yang mengatakan ada sebuah game battle royale yang akan diumumkan, menggunakan dunia Titanfall sebagai latar belakang.

Terkini, laporan itu nampaknya telah disahkan benar oleh CEO Respawn Entertainment, Vince Zampella. Dalam satu tweet yang dikeluarkan, beliau berkata:

“Nampaknya semua dah terbongkar sekarang? Menarik. Jadi, kalau kamu suka Respawn, game-game kami atau mungkin saya, kamu patut nantikan esok. Stream kami akan mula pada 8am PT dan kami akan kongsikan segalanya tentang Apex Legends. Segalanya.”

Untuk waktu Malaysia, livestream untuk game yang diberi nama Apex Legends ini akan bermula pada tengah malam ini, iaitu 12 tengah malam 5 Februari 2019.

Watch live video from playapex on www.twitch.tv Kemungkinan besar segala info tentang game ini yang kami laporkan semalam adalah benar. Korang bacanya di sini terlebih dahulu sementara menunggu livestream tengah malam ini.

JomKomen!