Game-game terbitan Electronic Arts (EA) yang dilancarkan ke PC bukan lagi dipasarkan secara eksklusif di Origin.

Benar seperti apa yang dijangka dalam video acah EA sebelum ini, EA akan kembali memasarkan game-game keluaran mereka di platform Steam. EA mengumumkan kerjasama bersama Valve ini dalam satu kenyataan di laman rasmi EA.

Star Wars Jedi: Fallen Order akan dilancarkan serentak ke semua platform pada 15 November ini, termasuk Steam, menjadikan ia game EA pertama yang kembali dipasarkan ke Steam. Dalam beberapa bulan mendatang, pemain di Steam akan dapat membeli dan memainkan game-game lain seperti The Sims 4 dan Unravel Two.

Untuk game-game multiplayer pula seperti Apex Legends, FIFA 20, dan Battlefield V, ia akan hadir pada tahun 2020. Paling penting, pemain di Steam dan pemain di Origin akan boleh main multiplayer bersama.

Selain kemampuan untuk membeli game-game ini secara berasingan, EA akan turut melancarkan EA Access ke Steam, sekaligus menjadikan ia satu-satu perkhidmatan langganan gaming yang ada di Steam. Ia akan dilancarkan pada musim bunga 2020 (Mac-Jun).

Jadi, amacam? Adakah korang gembira, pemain-pemain Steam?

JomKomen!