Ura-ura tentang pelancaran Death Stranding ke PC Game Pass nampaknya telah disahkan secara rasmi.
Microsoft telah mengesahkan melalui satu trailer bahawa Death Stranding akan dilancarkan ke dalam langganan PC Game Pass pada 23 Ogos ini.
Tentunya, pelancaran ini hanya untuk PC Game Pass, dan tiada untuk Xbox Game Pass.
Apa yang menarik (dan terasa janggal), trailer ini dengan jelas memperlihatkan logo Sony Interactive Entertaiment. Pelancaran ini bakal menjadi satu lagi langkah untuk memecahkan tembok eksklusif antara Sony dan Microsoft.
Sebelum ini, Death Stranding merupakan game eksklusif untuk PlayStation hasil kerjasama antara Sony dan Kojima Productions. Bagi yang tidak tahu, Kojima Productions bukanlah sebuah studio yang berada di bawah PlayStation Studios.
Sebab itulah Kojima Productions bebas menjalin kerjasama dengan Microsoft dan Xbox untuk membangunkan sebuah game baharu. Studio itu kemudian meredakan keadaan dengan menegaskan yang mereka masih mempunyai hubungan yang baik dengan Sony dan PlayStation.
JomBaca: Death Stranding Director’s Cut: Boleh Beli or Boleh Blah!?
I agree with your point of view, your article has given me a lot of help and benefited me a lot. Thanks. Hope you continue to write such excellent articles.
The point of view of your article has taught me a lot, and I already know how to improve the paper on gate.oi, thank you. https://www.gate.io/uk/signup/XwNAU