in ,

Rasmi: Acara Pertama PS5 Akan Diadakan Minggu Depan, Berlangsung Selama Lebih 1 Jam

Sony secara rasminya telah mengumumkan acara pendedahan buat julung kalinya untuk PlayStation 5 bakal diadakan pada minggu hadapan.

Secara tepatnya, acara ini akan berlangsung pada 5 Jun (Jumaat), 4 pagi (waktu Malaysia. Kita semua boleh tonton livestream ini melalui channel rasmi PlayStation di Twitch dan Youtube.

Seperti dijangka dalam laporan sebelum ini, acara pertama ini akan memfokuskan dan memperlihatkan game-game yang akan dilancarkan untuk PS5. Sony mengesahkan yang acara ini nanti bakal berlangsung selama lebih daripada 1 jam.

Livestream berdurasi satu jam yang akan menunjukkan masa hadapan gaming melalui game-game terbaharu PS5!

Apa yang paling menarik perhatian daripada pengumuman ini ialah mereka telah memuatnaik satu video pendek yang memaparkan controller DualSense yang berwarna serba hitam — berlainan dengan pendedahan sebelum ini yang memperlihatkan DualSense dalam dwi-warna, iaitu hitam dan putih.

Selain itu, video ini turut mendengarkan satu bunyi lain daripada lain, yang mana para peminat merasakan itu merupakan bunyi setiap kali PS5 dihidupkan. Korang boleh saksikan video ini di bawah:

Sony menegaskan bahawa pelbagai studio pembangun, sama ada yang besar atau yang kecil, yang baru atau yang lama, sedang bekerja keras membangunkan game masing-masing untuk memaparkan apakah yang mampu dilakukan oleh konsol generasi akan datang itu.

Mereka turut mengesahkan bahawa acara ini merupakan salah satu daripada siri kemaskini mereka untuk PS5. Bermakna, ini bukanlah acara penuh yang akan mendedahkan segala-galanya tentang PS5. Butiran seperti rekabentuk konsol, harga dan tarikh tepat pelancaran dijangka tidak akan didedahkan dalam acara ini.

Walaupun di sebalik situasi wabak pandemik yang melanda dunia, Sony masih lagi menyatakan yang PS5 tetap akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
The Last of Us 2 Disahkan Tiada Multiplayer, Tapi Naughty Dog Ada Perancangan Lebih Besar

Video Balik Tabir Ini Kongsikan Bagaimana Naughty Dog Mencantikkan The Last of Us Part II

Ini Grafik Gameplay Sebenar Pertama PlayStation 5 Dalam Demo Teknikal Unreal Engine 5

Bermula Julai, Semua Game Baru PS4 Wajib Boleh Dimainkan Di PS5 Apabila Dihantar Untuk Pengesahan Sony