in ,

Rangka Cerita The Last of Us 3 Dah Ditulis, Tapi Belum Mula Produksi, Dedah Pengarah

The Last of Us™ Part II_20200607145204

Naughty Dog kini sudah mempunyai rangka jalan cerita untuk The Last of Us Part 3, namun belum ada apa-apa produksi dijalankan untuk game itu setakat ini.

Perkara ini didedahkan oleh pengarah kreatif, Neil Druckmann ketika hadir bersama penulis-bersama Halley Gross dalam podcast Script Apart, lapor IGN.

“Saya tak pasti berapa banyak saya mahu dedahkan,” kata Druckmann. “[Gross] dan saya telah menulis rangka untuk satu cerita, yang kami tidak membangunkannya — tapi saya harap satu hari nanti akan menjadi kenyataan — yang menerokai sedikit apa yang terjadi selepas game ini. Kita tengok nanti macam mana.”

Beliau mendedahkan yang terdapat perbincangan dalam pasukan mereka tentang Part 3, namun menegaskan tentang bagaimana payahnya untuk membikin game sebesar itu.

“Game-game ini memerlukan tenaga yang sangat banyak untuk dibikin,” tambah beliau. “Saya memikirkannya [Part 2] selama tujuh tahun, antara semasa game sebelum ini keluar dan game ini keluar, kamu mahu pastikan kamu benar-benar tertarik dengan idea yang kamu ada, itu membuatnya sangat sukar.”

Druckmann mendedahkan yang lazimnya selepas melancarkan game-game besar, mereka akan mengambil masa yang lama untuk menerokai apakah yang mereka akan lakukan selepas itu. Setelah memiliki beberapa idea, mereka perlu memutuskan apakah projek yang ingin mereka lakukan kerana ia memerlukan komitmen yang besar dari segi kewangan, masa, semangat, bakat dan lain-lain.

Menurut laporan-laporan sebelum ini, Naughty Dog dikatakan sedang membangunkan multiplayer untuk The Last of Us Part II, sebuah projek Uncharted baharu dan remake untuk game pertama The Last of Us. Namun, belum ada apa-apa kata rasmi yang diumumkan setakat ini tentang apakah projek yang sedang dibikin Naughty Dog ketika ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sony Adakan Jualan Murah PlayStation Sempena Ramadan/Raya – Diskaun Game, PS Plus, Controller, PS VR

Among Us Akan Dilancarkan Untuk PS4, PS5 Tahun Ini Bersama Skin Ratchet & Clank