in , , , , ,

RamPaGe Gaming, Gabungan Pemain Malaysia Dan Singapura Akan Ke Call of Duty World League Sydney Open

Jom berikan sokongan yang pada kepada pemain-pemain berbakat kita ini!

RamPaGe Gaming semasa Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship, Januari 2017.

Pada 3 hingga 5 Mac ini, ESL Australia, dengan kerjasama Activision dan PlayStation akan menganjurkan Call of Duty World League Sydney Open 1 – sebuah kejohanan utama peringkat Asia Pasifik pertama untuk musim Call of Duty: Infinite Warfare.

Kejohanan yang menawarkan hadiah terkumpul sebanyak USD30,000 ini akan terbuka kepada semua pasukan CoD dari seluruh Asia Pasifik. Menambahkan nilai kompetitif kepada kejohanan ini, juara dan naib juara Call of Duty: Infinite Warfare Asia Championship, UnVeiL NoVa and RamPaGe Gaming akan turut menyertai CWL Sydney Open 1 ini.

Bagi anda yang tidak tahu, RamPaGe Gaming adalah gabungan para pemain dari Malaysia dan Singapura, manakala UnVeiL NoVa adalah pasukan sepenuhnya dari Singapura.

Selain hadiah kemenangan yang lumayan, apa yang lebih penting tentang CWL Sydney Open 1 adalah ia akan memberikan CWL Pro Points –  yang mana ia akan mempengaruhi pasukan-pasukan ini untuk layak ke CWL Global Pro League bermula April ini dan kemudiannya untuk ke CWL Championship pada Ogos 2017 ini nanti.

Dari kiri: Syawal “Bloo” Saini, Azim “Greys” Azhar, Former Khaleef “Imperium” Irfan dan Abdul “RanGer” Hakiem.

Antara pencapaian yang telah diperoleh oleh RamPaGe Gaming, pasukan dua negara berjiran ini adalah:

  • Call of Duty Ghosts Malaysian Championships 2014 – Naib Juara
  • Call of Duty Black Ops 3 Asian Championships – Naib Juara
  • Call of Duty Black Ops 3 SEA+KR Qualifier – Juara
  • Call of Duty Black Ops 3 MMU Invitationals – Juara
  • Call of Duty Infinite Warfar3 CWLToAsia – Tempat Ketiga
  • Call of Duty Infinite Warfare Asia Championships – Naib Juara

Berikut pula adalah ahli pasukan RamPaGe Gaming:

Mereka akan berangkat ke Sydney, Australia pada Selasa ini, 28 Februari 2017.

Anda boleh ikuti perkembangan pasukan RamPaGe Gaming di laman Twitter mereka: @TeamRamPaGePro

Ahli pasukan RamPaGe Gaming – dari kiri: Abdul “RanGer” Hakiem, Amirul “Skywhite” Haqim, Megat “MDIPlaya” Danish (pengurus pasukan), Azim “Greys” Azhar, dan Syawal “Bloo” Saini.

Untuk mengetahui pula lebih lanjut tentang perkembangan terkini pasukan-pasukan dan acara-acara kompetitif Call of Duty di Malaysia, anda boleh ikuti platform-platform berikut:

Kami di JomGaming mengucapkan selamat maju jaya kepada RamPaGe Gaming! Semoga pulang ke tanah air nanti membawa kejayaan!

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Belajar Main Street Fighter 5 - Razer | Infiltration Juara Dunia Dari Korea Ajar Asas SFV!

Jom Belajar Main Street Fighter 5 – Razer | Infiltration Juara Dunia Dari Korea Ajar Asas SFV!

AMD Ryzen Akan Tiba Mac Nanti Dengan Harga Bermula Pada RM1,599

AMD Ryzen Akan Tiba Mac Nanti Dengan Harga Bermula Pada RM1,599