Itali menjadi pintu masuk kepada penularan wabak COVID-19 di Eropah. Ketika artikel ini ditulis, seramai lebih daripada 12,000 telah disahkan dijangkiti virus ini, dan lebih daripada 1,000 maut.
Disebabkan kerajaan Itali sudahpun mengarahkan semua kedai yang tidak berkepentingan ditutup sehingga 25 Mac, serta semua sekolah turut ditutup, bilangan rakyat negara itu yang mengasingkan diri di dalam rumah dan bermain game nampaknya telah meningkat secara mendadak.
Menurut laporan Bloomberg, “jumlah data yang melepasi rangkaian nasional Telecom SpA telah meningkat sebanyak 2 per 3 dalam masa dua minggu lepas.” Sebahagian daripada trafik ini mungkin menaik disebabkan ramai dewasa yang sudah mula bekerja dari rumah, namun ianya hanya sebahagian kecil sahaja.
Sebahagian besar perkongsian bandwith itu terdiri daripada trafik game-game online terutamanya Fortnite dan Call of Duty.
“Kami melaporkan terdapat peningkatan sebanyak lebih daripada 70% trafik Internet terhadap rangkaian jalur darat (landline network), dengan sumbangan besar daripada gaming online seperti Fortnite,” kata CEO Telecom Itali, Luigi Gubitosi.
Fortnite dan Call of Duty memberi sumbangan terbesar semestinya tidak mengejutkan. Kira-kira tiga tahun selepas dilancarkan, Fortnite masih lagi menjadi game paling popular di seluruh dunia, dan Call of Duty pula, game battle royale standalone terbaharunya, Warzone baru sahaja dilancarkan.
Comments
Loading…