in , ,

Rainbow Six Siege Umumkan Naiktaraf Percuma Ke PS5/Xbox Series X, Sasarkan 4K/120fps

Game shooter popular yang dilancarkan pada 2015, Rainbow Six Siege turut tidak ketinggalan dalam menyampaikan beberapa berita baharu di acara digital Ubisoft Forward awal pagi tadi.

Antara yang paling menarik ialah Ubisoft telah mengumumkan bahawa pemain sedia ada di PS4/Xbox One akan ditawarkan naiktaraf percuma kepada PS5/Xbox Series tanpa sebarang kos tambahan. Ini pastinya sesuatu yang tidak mengejutkan memandang banyak game lain, antaranya Cyberpunk 2077 dan FIFA 21, turut menawarkan naiktaraf percuma ini.

Ubisoft turut menyatakan yang mereka menyasarkan untuk menyajikan Rainbow Six Siege di konsol generasi seterusnya itu dengan prestasi dan grafik yang lebih bagus, iaitu resolusi 4K/120fps.

Di samping itu, mereka turut menampilkan promosi untuk kemaskini terkini untuk game itu, digelar Operation Shadow Legacy, menambah Operator baharu, Sam Fisher aka Zero. DLC terbaharu itu sudah boleh dimainkan pada hari ini.

Korang boleh saksikan segmen Rainbow Six Siege dalam Ubisoft Forward di bawah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Immortals Fenyx Rising, Game Ubisoft Seakan Zelda: Breath of the Wild Akan Dilancarkan 3 Disember

Immortals Fenyx Rising, Game Ubisoft Seakan Zelda: Breath of the Wild Akan Dilancarkan 3 Disember

Lionel Messi Masih Lagi Pemain Rating Tertinggi Dalam FIFA 21

Lionel Messi Masih Lagi Pemain Rating Tertinggi Dalam FIFA 21