Game ini akan mengikut jejak game-game bergenre MOBA.

Sejak Rainbow Six Siege dilancarkan pada bulan Disember 2015, kita telah menyelamatkan tebusan yang sama, mematikan bom yang sama dan menguasai kawasan yang sama. Di sebalik kelaziman game-game shooter yang ada di luar sana yang sentiasa memperkenalkan game mode baru, nampaknya Rainbow Six Siege tidak mahu pergi ke arah itu.

Semasa acara yang diadakan di Montreal, Kanada, apabila ditanyakan mengenai apakah game ini bakal ditampilkan dengan game mode baru, pengarah kreatif, Xavier Marquis menyatakan, “ia sesuatu yang kami tidak mahu lakukan.”

“Map boleh jadi berbeza, pelbagai Operator boleh jadi berbeza, tetapi kita perlukan sesuatu yang statik dan ia adalah mode Siege. Siege adalah pusat kepada segalanya,” katanya lagi.

Bercakap kepada PC Gamer pula, pengarah jenama, Alexandre Remy mengatakan:

“Kami sentiasa melakukan prototaip (game mode). Namun, apabila melakukannya, kami memutuskan bahawa terdapat beberapa asas kepada Siege yang kami mahu kekalkan: menyerang vs bertahan, destruction, Operators, dan sentiasa memiliki satu nyawa. Itu adalah DNA kepada game ini, jadi apabila kamu melihat apakah game mode yang sesuai untuk menyegarkan pengalaman tetapi masih masih mengekalkan konsep tersebut, ia tidak banyak. Siege adalah mode-nya yang tersendiri.”

Beliau turut menyatakan bahawa semasa game ini mula dilancarkan, mereka mahu mengikut jejak untuk memperkenalkan beberapa game mode baru. Namun, apabila game ini mula bergerak ke hadapan, melihat bagaimana game ini memiliki nilainya yang tersendiri, mereka mahu lebih fokus kepada map dan Operator baru.

Dengan Operation Velvet Shell yang akan dilancarkan esok, 30 Operator telah diperkenalkan, dengan 6 lagi Operator akan dibawa sepanjang tahun ini. Remy menjelaskan lagi bahawa mereka sedang memandang jauh untuk mengeluarkan lebih banyak Operator, sekurang-kurangnya 50 Operator keseluruhannya.

“Saat kita mencapai 50 Operator, itu adalah angka minimum yang kami sebenarnya mahukan,” kata beliau.

“Melihat kepada MOBA, game-game itu mempunyai 80 hingga 100 karakter dan ia masih berjalan dengan baik,” tambah beliau.

Nampaknya, Ubisoft mempunyai perancangannya yang tersendiri dalam menjadikan Rainbow Six Siege sebuah game shooter yang sangat unik apabila dibandingkan dengan pelbagai game shooter di luar sana. Melihat kepada apa yang telah dicapai oleh game ini selepas lebih setahun ia dilancarkan, kami yakin bahawa game ini mampu mencapai ke satu tahap yang mereka idamkan.

JomKomen!