in , , , ,

Rainbow Six Siege Takkan Ada Sekuel, Ubisoft Akan Sokong 10 Tahun Lagi

Rainbow Six Siege untuk jangka masa panjang.

Sekiranya korang bercita-cita untuk mendengar berita tentang sekuel untuk Rainbow Six Siege, lupakanlah sahaja.

Semasa Six Invitational yang berlangsung pada hujung minggu lalu, Ubisoft telah mendedahkan beberapa perancangan besar jangka masa panjang mereka untuk Rainbow Six Siege.

“Kami telah memberitahu beberapa kali sebelum ini bahawa visi kami adalah untuk membawakan 100 Operators,” kata pengarah jenama Rainbow Six Siege,Β Alexandre Remy semasa acara tersebut.

“Hari ini kita mempunyai 36 Operators. Year 3 akan bawakan 8 lagi. Jumlah 100 itu adalah simbol kepada sokongan jangka panjang yang kami mahukan untuk game ini.”

“Kami menegaskan di sini – tiada sekuel dirancang. Kami akan berada di sini untuk 10 tahun akan datang. Jadi jangkakan lebih banyak Rainbow Six dalam kehidupan korang untuk beberapa ketika lagi.”

 

Rainbow Six Siege semakin hari semakin menguntungkan Ubisoft. Ia menerima penambahan pemain yang memberangsangkan walaupun sudah memasuki tahun ketiga ia dilancarkan.

Mereka juga menambah game mode yang lain daripada lain untuk game ini, iaitu mode co-op 3-pemain menentang zombi yang akan dikeluarkan pada 6 Mac ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Season 3 Battle Pass Untuk Fortnite Battle Royale Bawakan Tema Angkasa

Grand Theft Auto V Premium Edition Untuk Xbox One Dipaparkan Di Laman Web Amazon