Korang mungkin pernah terfikir, kalau game Tetris pun boleh ada battle royale, takkanlah Rainbow Six Siege tak nak lancarkan mode yang sedang hangat ini.

Melalui francais-francais mega seperti Call of Duty, Battlefield dan Titanfall mempunyai mode battle royale mereka sendiri, Ubisoft pula tidak berminat langsung untuk membawakan genre tersebut ke dalam game shooter paling berjaya mereka, Rainbow Six Siege.

Ketika DualShockers bertanyakan hal ini kepada pengarah kreatif, Xavier Marquis, ini jawapan beliau:

“Tidak, saya tak berminat langsung dalam battle royale. Genre itu sedang melakukan tugas yang baik tapi ia bukan Siege. Formula Siege datang daripada realiti, operasi CQB; ia sentiasa satu kumpulan yang dilatih untuk mempertahankan tempat spesifik dan kumpulan pengantara yang dilatih untuk mengugut dan menumpaskan ancaman. Ini adalah formula Siege.”

“Saya rasakan yang genre battle royale terlalu regang dan saya tidak pasti sama ada ia akan jadi satu tambahan yang baik untuk game ini. Jadi, kami akan cuba perkara-perkara lain tapi tidak [bukan battle royale].”

Selain itu, pengarah game, Leroy Athanassoff juga senada dengan mengatakan, “pada ketika ini, tiada perancangan untuk menambah battle royale, tapi kami mahu events kami jadi alat yang penting untuk bereksperimen dengan gameplay.”

Bercakap tentang battle royale dan Rainbow Six Siege ini, korang boleh baca tentang penulis pernah berpendapat bahawa filem Indonesia The Raid Redemption boleh dijadikan inspirasi kepada mode battle royale dalam game shooter Ubisoff ini.

JomBaca: Filem Indonesia The Raid Boleh Jadi Inspirasi Kepada Rainbow 6 Siege: Battle Royale!

JomKomen!