in

Rainbow Six: Siege Tak Akan Ada Single Player Campaign!

Selamber je Ubisoft Developer telah mengumumkan bahawa tiada single player campaign untuk siri Rainbow Six: Siege yang bakal keluar pada ahkhir tahun ini. Ini adalah untuk memberi masa pada Ubisoft Montreal untuk menguji sepenuhnya game tersebut untuk PvP.

Ff15DGame tersebut telah pun melancarkan beta, bermula sejak 2 hari lepas dan setakat ini banyak respon positif umumnya. Namun begitu, dengan ketiadaan story atau single player campaign masih belum diketahui bahawa ia akan memberi kesan positif atau negatif kepada siri Rainbow Six yang biasanya berdasarkan novel hasil tulisan Tom Clancy.

Ff14DGame ini telah mula di-develop sejak Januari 2013 dan akan dipasarkan mulai 1 Disember 2015. Sama seperti siri-siri yang sebelumnya, ia akan mengutamakan kerjasama antara ahli pasukan dan lebih kepada realism. Siege akan mengutarakan enjin AnvilNext yang membolehkan enviroment yang boleh dimusnahkan iaitu hampir serupa dengan enjin grafik Frostbite milik Dice.

Beta telah dipanjangkan hingga 1 Oktober 2015.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dragon Quest Heroes: Kembara Wirawan Naga

Selain Kojima dan Del Toro, Junji Ito juga terlibat dalam siri Silent Hill.