in ,

Rainbow Six Siege Starter Edition Diperkenalkan – Lebih Murah, Tetapi Hanya 4 Operator Pada Permulaan

Tabung tak cukup untuk beli game penuh? Edisi ini pasti akan membantu anda!

Ubisoft telah memperkenalkan Rainbow Six Siege Starter Edition, sebuah edisi yang jauh lebih murah, tetapi pemain perlu grind dengan lebih banyak. Ia tetap menampilkan kesemua features yang terdapat dalam game penuh edisi biasa – game mode, map, customization, progression, dan DLC.

Namun, apa yang membuatkan ia lebih murah adalah hanya 4 Operator asal yang akan diberikan pada permulaan apabila anda membeli Starter Edition ini. 2 Operator akan diberikan secara rawak daripada 6 Operator ini: Rook, Sledge, Ash, Fuze, Mute, dan Smoke. 2 lagi Operator tambahan pula berikan pilihan untuk anda unlock dengan menggunakan 600 R6 Credits yang disediakan.

Apabila sudah tersedia 4 Operator itu, jumlah Renown yang perlu anda unlock bagi setiap Operator asal yang lain adalah 12,500 Renown atau 300 R6 Credits. Bagi meng-unlock Operator yang terdapat dalam DLC-DLC pula, anda memerlukan 25,000 Renown atau 600 R6 Credits.

Rainbow Six Siege Starter Edition berharga 15 Euro (RM71). Buat masa ini, Starter Edition ini hanya dikeluarkan di PC, dan belum dikeluarkan untuk PS4 atau Xbox One. Kami akan kemaskini artikel ini sekiranya ia telah dikeluarkan untuk platform konsol.

Segala progression yang anda peroleh dalam Starter Edition ini akan dibawa ke Standard Edition, sekiranya anda membelinya kerana tidak mahu lagi grind untuk mendapatkan Operator-Operator tersebut.

Pastinya ini adalah satu peluang yang amat baik bagi anda yang tidak mahu menghabiskan harga game penuh, namun ingin merasai kehangatan game FPS yang cukup popular ini, serta tidak kisah untuk grind lebih lama.

Baru-baru ini, beberapa developer Ubisoft telah mendedahkan bahawa Rainbow Six Siege tidak akan ditambah dengan game mode baru, turut menyasarkan untuk menyediakan 50 hingga 100 Operator keseluruhan pada masa akan datang.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0
Thunderjaw Dan Snapmaw: Saksikan Aksi Robot Dinosaur Berbahaya Ini Dalam Horizon Zero Dawn

Thunderjaw Dan Snapmaw: Saksikan Aksi Robot Dinosaur Berbahaya Ini Dalam Horizon Zero Dawn

Call of Duty Akan “Kembali Ke Akarnya”, Activision Akhirnya Akui Tema Angkasa Tidak Sesuai