Tahun pertama sudah pun habis – tiba masanya untuk kita memasuki ke tahun kedua pula.
Dalam laman web rasmi Rainbow Six Siege, Ubisoft telah mengumumkan Year 2 Season Pass untuk game ini, lengkap dengan semua info tentang DLC-DLC yang bakal diterima para pemain secara percuma untuk tahun kedua nanti.
Sepanyol, Hong Kong, Poland dan Korea Selatan adalah 4 buah negara yang diumumkan sebagai counter-terrorism unit (CTU) yang bakal digunakan. Seperti yang dijangka, strategi yang digunakan dalam DLC-DLC pada tahun pertama akan turut digunakan untuk tahun kedua ini.
Berikut adalah apa yang bakal anda peroleh dalam Year 2:
- 8 Operator baru dari 4 CTU baru
- 4 map baru bertempat di 4 buah negara yang telah disebut
- Primary dan secondary weapon baru
- Pelbagai penambahbaikan kepada game serta barangan kosmetik
Berikut adalah infografik yang menunjukkan jadual bagi setiap 4 musim DLC tersebut akan dilancarkan:
Year 2 Season Pass juga telah diumumkan, di mana ia turut menggunakan strategi yang sama seperti Year 1 Season Pass:
- Seminggu lebih awal akses kepada setiap 4 DLC tersebut
- 10 peratus diskaun untuk barangan in-game
- 5 peratus Renown boost lebih pantas untuk meng-unlock in-game content
- 2 daily challenges tambahan
Anda boleh dapatkan Year 2 Season Pass untuk PC di sini, Xbox One di sini dan PS4 di sini.
Comments
Loading…