in , , , , ,

Rainbow Six Siege: Saksikan Trailer Rasmi Operation Velvet Shell, Mira Dan Jackal Mula Beraksi

Inilah DLC terbaru untuk Rainbow Six Siege – Operation Velvet Shell!

Beberapa minggu lalu, Ubisoft telah mula mengeluarkan teaser trailer untuk map terbaru, serta dua Operator terbaru, Mira dan Jackal. Melalui teaser tersebut, kami mula berspekulasi apakah special ability yang bakal dimiliki oleh mereka ini.

Terbaru, Ubisoft telah mengeluarkan video trailer rasmi bagi DLC terbaru mereka ini. Menampilkan juga ulasan dan penerangan daripada host Ubiblog, Chris Watters, video ini mempamerkan map Coastline, dan memperkenalkan dengan lebih lanjut kedua-dua Operator tersebut.

Mira, Operator defender yang memiliki sebuah perkakasan yang sangat unik, yang mana ia mampu diletakkan di reinforced wall. Apabila diletakkan, ia akan melekatkan sebuah cermin yang berupaya diintai dan menembak pihak lawan yang berada di belah luar. Lebih membuatkan special ability ini menarik adalah pihak lawan hanya dapat melihat cermin yang gelap, dan tidak mampu untuk melihat Operator defender yang berada di belah dalam.

Namun, kekurangannya meletakkan special ability Mira ini di reinforced wall adalah dinding tersebut sudah boleh dipecahkan dengan menggunakan breacher yang biasa, seperti grenade launcher oleh Ash, tidak perlu lagi bantuan Thermite ataupun Hibana.

Untuk Jackal pula, Operator attacker ini akan membuat para defender berfikir sepuluh kali untuk melakukan roaming dan flanking. Jackal mempunyal peranti yang mampu mengesan kesan tapak kaki para defender. Kesan tapak kaki tersebut akan dapat dikesan dengan warna hijau, dan sekiranya pihak lawan berada sangat berdekatan, kesan tapak kaki berwarna merah akan kelihatan.

Lebih membahayakan pihak defender, apabila Jackal mengimbas kesan tapak kaki tersebut, ia akan mendedahkan lokasi pemilik kesan tapak kaki yang telah diimbas itu. Melalui ini, defender tersebut terpaksa menukarkan posisinya jika tidak mahu kehadirannya dikesan oleh pemain attacker.

Melalui video ini juga, mereka telah mengumumkan bahawa Operation Velvet Shell akan dilancarkan pada 7 Februari 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

Seperti biasa, para pemilik Season Pass akan memperoleh dua Operator terbaru ini pada hari pertama DLC ini dilancarkan, manakala ia akan dibuka untuk semua pemain unlock dengan in-game currency seminggu selepas itu.

Map Coastline pula akan boleh dimainkan kesemua pemain pada hari pertama pelancaran.

Anda boleh saksikan trailer tersebut di bawah:

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gravity Rush 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Pencipta Fallout New Vegas Pernah Mempunyai Satu Game RPG Untuk Xbox One, Tetapi Dibatalkan Microsoft