in , , , , ,

Rainbow Six Siege: Saksikan Map Terbaru Untuk DLC Operation Velvet Shell Di Kawasan Pantai Sepanyol

Saksikan map yang bakal terletak di kawasan pantai Ibiza, Sepanyol.

Ubisoft telah mengeluarkan video terbaru, memaparkan gambaran keseluruhan map yang akan ditampilkan dalam DLC terbaru Rainbow Six Siege, Operation Velvet Shell. Map yang diberi nama Coastline ini akan menggunakan latar belakang di kawasan peranginan di pantai Ibiza, Sepanyol. Para pemain akan bertarung di sebuah resort, La Perla Blanca, iaitu sebuah resort yang memang wujud di Sepanyol (tapi bukan di Ibiza).

Operation Velvet Shell merupakan DLC pertama untuk game ini bagi tahun kedua yang baru sahaja bermula. Kali ini, dua Operator dari Sepanyol akan dibawakan, namun kedua-duanya masih belum didedahkan Ubisoft.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Guerilla Games Umumkan Bahawa Tiada Mikrotransaksi Bagi Horizon Zero Dawn

Tarikh Pelancaran Tekken 7 Akhirnya Diumumkan, Saksikan Trailer Story Serba Baru