in , ,

Rainbow Six Siege: Patch 2.3 Bakal Mengimbangi Gameplay Frost & Buck!

Patch yang menukar corak permainan dua operator dari JTF2 ini, akan tiba tidak lama lagi.

maxresdefault

Frost dan Buck, dua operator tambahan yang dikeluarkan dalam DLC Operation Black Ice ini adalah dua operator yang agak tidak seimbang.

Frost, mempunyai gajet yang sangat digemari ramai, iaitu Welcome Mat. Namun, yang membuat operator ini tidak seimbang bukanlah gajet-nya, tetapi Super 90 Shotgun.

Ia adalah selaras shotgun yang sangat over-powered. Dengan mempunyai damage range yang sangat jauh, ia membuatkan shotgun ini sangat mudah untuk membunuh musuh dari jarak yang jauh.

Oleh itu, Ubisoft bakal datangkan patch yang mengurangi damage range shotgun tersebut. Memetik nota patch Frost:

We tweaked the falloff damage of Frost’s shotgun. The falloff previously started at 5 meters. It will now begin at 3.5 meters, making it roughly on par with the M1014. We have made this choice because Frost’s Super 90 had too much range, making Frost too powerful alongside her Nitro Cells and Welcome Mats.

rainbow-six-black-ice-poster

Untuk Operator Buck pula, pada asalnya, ia direka dengan tujuan untuk menjadikan ia sebagai operator yang versatil – mampu untuk bermain di jarak jauh dan dekat. Namun, apa yang dimiliki Buck sekarang bukanlah seperti yang diidamkan.

Tujuan mereka memberikan underslung shotgun adalah supaya ia boleh digunakan sebagai alat untuk bergerak dari satu bilik ke bilik yang lain dengan pantas. Rakannya Frost, mendapat weapon yang over-powered, Buck pula, mendapat gajet yang under-powered.

Oleh itu, Ubisoft bakal datangkan patch dengan menguatkan environmental destruction apabila menembak menggunakan underslung shotgun tersebut. Melalui penambahbaikan ini, Buck mampu menerjah masuk ke bilik sebelah selepas hanya satu tembakan ke dinding menggunakan underslung shotgun itu.

Memetik nota patch Buck:

We have designed Buck with the intention of having him be a versatile Operator that is able to go wherever he desires. We do not believe that the state he currently is in reflects this.

The initial intent was to use his underslung shotgun as a tool and not so much as a weapon. As the pros have shown us in the Pro League, it is working as a tool, but it could definitely be more efficient and useful.

Therefore, we have decided to increase the environmental destruction of Buck’s underslung shotgun. As the following series of .GIFs show, it is now a better tool and will help you get where you want faster.

Anda boleh tengok bagaimana Buck merempuh sesebuah bilik dengan pantas melalui GIF ini.

Rainbow-Six-Siege-destruction

Ubisoft masih lagi belum mengumumkan bilakah Patch 2.3 ini akan dikeluarkan. Mereka sengaja berkongsi dengan lebih awal apakah pembaharuan utama dalam patch ini disebabkan permintaan dan maklum balas dari para pemain sendiri.

Melalui perkongsian pembaharuan yang lebih awal, para pemain boleh mengagak apakah yang bakal mereka alami dalam patch akan datang, seterusnya merancang sekiranya perlu menukar corak permainan mereka bersesuaian dengan patch tersebut nanti.

Ubisoft menambah, senarai penuh nota Patch 2.3 akan dikongsikan mereka dalam waktu terdekat. Anda boleh baca pengumuman mereka mengenai Patch 2.3 ini di sini.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Operator Baru US, Apa Kita Tahu Setakat Ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

DotA 2: Habis Madu Sepah Dibuang, Adakah Avengers Akan Membalas Dendam?

Battlefield 5: Tarikh & DLC Dah Leaked?! Betul Ke Bohong?