Operator Jepun telah diperlihatkan dengan satu poster teaser daripada Ubisoft Japan.

rainbow-six-operator-japan-dlc-teaser

Dalam akaun Twitter Ubisoft Japan, counter-terrosrism unit (CTU) dari negara matahari terbit itu, Japanese Special Assault Team (SAT) telah diperlihatkan melalui satu tweet yang memuatnaik poster teaser.

Dalam tweet tersebut, mereka mengatakan DLC ini akan menemui para pemain pada musim luruh nanti, dengan maklumat lanjut akan diberitahu kemudian.

Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, Operator dari Jepun bakal tiba untuk Season Four, di mana pada 2 Februari lalu, Season One baru sahaja dilancarkan. Untuk Season Two dan Three pula, masing-masing akan menampilkan Operator dari Amerika Syarikat dan Brazil.

rainbow-six-siege-season

Jadi, amacam? Adakah poster teaser ini telah membuatkan korang dah tak sabar untuk memainkan Operator dari Jepun ini? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Mengapa Rainbow Vs Rainbow Dalam Multiplayer?

JomKomen!