in , , ,

Rainbow Six Siege: Operator Baru US, Apa Kita Tahu Setakat Ini?

Dua operator baru untuk Rainbow Six: Siege bakal tiba tidak lama lagi. Apa maklumat yang kita tahu setakat ini?

DLC percuma kedua untuk game ini dijangka tiba pada bulan April 2016. Seperti juga DLC sebelum ini (Operation Black Ice), dua operator baru akan diberikan – yang mana kali ini, ia datang daripada CTU Delta Force (Amerika Syarikat).

Nama untuk kedua-dua operator ini masih lagi belum diumumkan, namun yang pasti, satu operator adalah lelaki dan satu lagi adalah perempuan.

Berikut adalah gambaran awal bagaimanakah operator lelaki (Attacker) tersebut akan kelihatan:

rainbow six

Special ability untuk operator ini adalah Rifle Shield. Primary weapon yang bakal digunakan akan di-attach-kan dengan dua pasang shield kecil. Ia dijangka mampu mengelakkan daripada operator ini terkena headshot daripada pemain yang berada di hadapannya.

Dialog yang sudah dikenal pasti semasa operator ini menggunakan special ability-nya adalah “Rifle Shield deployed, get behind me“.

rainbow six

Berikut pula adalah gambaran awal bagaimanakah operator perempuan (Defender) tersebut akan kelihatan:

rainbow six

Special ability untuk operator ini pula adalah Deployable Cameras. Operator ini dijangka akan mampu untuk meletakkan kamera tambahan untuk mengawasi pergerakan para Attackers di dalam bangunan. Sama ada para Defenders yang lain dapat akses kepada kamera tambahan ini ataupun tidak, ia masih lagi belum dipastikan. Namun, penulis merasakan mereka yang lain dapat akses juga.

Primary weapon yang bakal digunakan adalah SIG MPX, sebuah sub-machine gun yang berasal dari Switzerland.

Dialog yang sudah dikenal pasti semasa operator ini menggunakan special ability-nya adalah “new camera feed up and running” dan “new feed activated“.

rainbow six

Jadi, macam mana? Sudahkan anda berkira-kira bagaimana anda akan mendominasi pihak lawan dengan dua special ability ini? Anda dah ada strategi? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Operator Jepun Mula Diintai-Intai!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Final Fantasy XV: Cakap-Cakap Mengatakan Tarikh Release Adalah 30-September-2016!

Penerbit GTA & Red Dead Redemption Tidak Merancang Untuk Keluarkan Game Setiap Tahun