in , , , , ,

Rainbow Six Siege: Mira Dan Jackal Diperkenalkan, Saksikan Video Teaser 2 Operator Sepanyol Ini

Ini adalah dua Operator terbaru yang akan anda dapat dalam DLC akan datang.

Bulan Februari bakal menyajikan Rainbow Six Siege dengan kandungan DLC yang terbaru, iaitu Operation Velvet Shell, membawa kita ke Sepanyol pula. Sebelum ini, mereka telah mempamerkan map yang akan ditampilkan dalam DLC ini, iaitu Coastline.

Terbaru, Operator Mira telah diperkenalkan, selepas satu lagi Operator, Jackal telah diperkenalkan pada minggu lalu. Ubisoft menyatakan bahawa special ability bagi kedua-dua Operator ini tidak akan didedahkan sehingga acara Six Invitational yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Dalam acara tersebut, segala maklumat tentang Operation Velvet Shell akan didedahkan. Namun, melalui dua video teaser Operator yang telah mereka keluarkan, para pemain sudah boleh menjangkakan apakah special ability yang akan dimiliki oleh dua Operator baru ini.

Jackal, atau nama sebenarnya, Ryad Ramírez Al-Hassar merupakan Operator attacker. Beliau memiliki sebuah headset yang boleh diaktifkan, di mana ia akan boleh melihat kesan tapak kaki yang ditinggalkan oleh pihak lawan. Bagaimana special ability ini akan berfungsi, seperti sama ada ia akan mempunyai cooldown ataupun tidak, masih belum diketahui.

Mira, atau nama sebenarnya, Elena María Álvarez pula adalah Operator defender. Beliau nampaknya akan memiliki sebuah perkakasan besar yang boleh diletakkan di reinforced wall. Ia seterusnya akan membuka reinforced wall tersebut dan digantikan dengan cermin. Cermin yang hanya memenuhi sebahagian kecil reinforced wall tersebut dijangka adalah kalis peluru dan berfungsi untuk mengintai pergerakan pihak lawan di luar.

Teruskan bersama kami di JomGaming untuk mendapatkan berita terkini tentang DLC Operation Velvet Shell yang akan dibawakan dalam Rainbow Six Siege tidak lama lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

FIFA 18 Telah Diumumkan, The Journey Akan Kembali Dengan Musim 2

Star Wars Battlefront 2 Akan Mempunyai Story Campaign, Karakter Dari Pelbagai Era