in , , , ,

Rainbow Six Siege Memperkenalkan Karakter Gay Yang Pertama – Flores Dari Argentina

Rainbow Six Siege bukan sahaja sebuah game shooter yang menampilkan pelbagai variasi dalam gameplay, gajet dan senjata — malah turut membawakan kisah latar belakang (lore) dari pelbagai budaya.

Year 6 akan dimulakan dengan Operation Crimson Heist, sekaligus memperkenalkan Operator baharu bernama Flore, berasal dari Argentina.

Flores ialah Attacker yang mempunyai peranti kawalan jauh yang boleh diletupkan. Senang kata, Flores memiliki peranti seumpama dron yang boleh dikawal dari jauh untuk ke lokasi yang dikehendaki. Kemudian, apabila dikatifkan, ia akan menjadi kalis peluru dan dalam beberapa saat ia akan meletup.

Senjata utamanya ialah sama ada AR33 atau SR-25, senjata keduanya pula GSH-18, dan gajet keduanya ialah sama ada Claymore atau Stun Grenade.

Korang boleh tonton video di bawah untuk mengenali lebih lanjut tentang gameplay Flores:

Lore untuk Flores sebenarnya merupakan karakter pertama dalam game yang cenderung kepada homoseksual, lapor PCGamer.

Apabila ditanyakan apakah akan ada lebih ramai karakter homoseksual yang akan dibawa masuk ke dalam game kelak, pengarah game, Jean-Baptiste Halle berkata:

“Ya sudah pasti. Ia sesuatu yang sangat dekat dengan hati kami untuk membuatkan semua pihak berasa selesa dan membuatkan mereka boleh mengenalpasti dengan pelbagai orang dalam karakter kami. Ia sangat penting untuk semua orang rasa yang mereka ada tempat dan mempunyai wakil dalam game kami. Kamu boleh jangkakan akan lebih ramai Operator yang datang dari pelbagai jantina dan lain-lain seksualiti. Ia sesuatu yang kami ingin tambahbaik.”

Operation Crimson Heist akan dilancarkan pada 16 Mac ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Knockout City: Game Dodgeball Baru Keluaran EA, Dilancarkan Pada Mei Ini

PlayStation Productions Sedang Bikin Siri TV Twisted Metal, Diterajui Penulis Filem Deadpool, Cobra Kai