in , ,

Rainbow Six: Siege Kini Tidak Lagi Bertoleransi Dengan Cheaters/Hackers

Cheaters/hackers dalam online multiplayer adalah seperti iblis kepada manusia, sentiasa mengganggu keharmonian para pemain yang bermain ‘bersih’. Untuk menghapuskan semua cheaters/hackers ini sekaligus mungkin adalah sesuatu yang mustahil. Namun, bagaimana sesebuah developer game itu mengatasi masalah itu yang membezakannya.

rainbow-six-sledge

Tidak ramai game developer yang mengambil serius tentang perkara ini. Tetapi, nampaknya Ubisoft bukan tergolong dalam developer sedemikian. Terbaru, bermula dari Patch 1.3 mereka yang menggunakan aimbot, wallhacking, atau apa-apa perlakuan yang dikira cheating/hacking akan diberikan tindakan yang sangat, sangat tegas.

Mereka yang mengeksploitasi perkara-perkara ini akan di-ban serta-merta, buat selama-lamanya. Tiada lagi ban sementara (3 hari) untuk kesalahan pertama seperti yang dilakukan sebelum ini.

Memetik kata-kata dalam Patch 1.3 notes itu:

Banning policy update: all cheaters detected by the system will be banned permanently. No more three day ban for first offense.

Namun begitu, apa yang membuatkan kami bimbang adalah ketepatan sistem ini berfungsi. Adakah sistem ini benar-benar mampu mengesan pemain-pemain ini melakukan cheating/hacking? Adakah ia mampu membezakan antara pemain yang benar-benar mempunyai skill yang baik dan pemain yang melakukan eksploitasi ini? Kami sedang memerhatikan korang, Ubisoft!

Rainbow-Six-Siege-rapel-down

Patch 1.3 ini telah mula digunakan di PC pada kelmarin (13 Januari) dan akan menemui pemain di console (PS4 & Xbox One) pada 20 Januari 2016.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Dua Gadis Operator Baru Dah Jeling Dekat Kita!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bila Abah Review PS+: Hardware: Rivals

Dual Gear: Game Mecha Super Duper Dari Thailand!