in , , ,

Rainbow Six Siege Kini Berjaya Mencapai 50 Juta Pemain, Dan Mereka Takkan Berhenti Setakat Itu

Rainbow Six Siege dilancarkan pada Disember 2015. Walaupun semasa pelancarannya mendapat beberapa kritikan yang agak berat, namun setelah hampir empat tahun game ini disokong dengan pelbagai kandungan menarik serta tindakan Ubisoft yang sentiasa mendengar maklum balas pemain — penulis berani kata bahawa Ubisoft telah menyajikan kepada kita satu pengalaman multiplayer kompetitif yang sangat baik.

Terkini, Ubisoft telah mengumumkan bahawa Rainbow Six Siege telah melepasi satu pencapaian yang cukup membanggakan, iaitu telah mendaftarkan 50 juta pemain setelah melancarkannya kira-kira empat tahun lalu. Dalam satu tweet yang dikeluarkan, Ubisoft berkata:

“Kami telah katakan sebelum ini, dan kami akan katakan sekali lagi… Kami di sini untuk terus kekal. Terima kasih untuk 50 juta pemain!”

Kandungan tambahan seterusnya yang akan dibawakan ke dalam game ini digelar Operation Ember Rise — menampilkan dua Operator baru, satu dari Peru dan satu lagi dari Mexico.

Sekitar tahun 2017, Ubisoft pernah menyatakan yang mereka menyasarkan untuk membawakan 100 Operator ke dalam Rainbow Six Siege.

Rainbow Six Siege kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Blizzard Kata TM Net Bermasalah, Overwatch & Starcraft Masih Bermasalah

Blizzard Kata TM Net Bermasalah, Overwatch & Starcraft Masih Bermasalah

The Last of Us 2 Akan Adakan Sidang Media Pada 2 Minggu Lagi – Tarikh Pelancaran? Gameplay Baru?