in , , ,

Rainbow Six Siege: Disk PS4/Xbox One Akan Boleh Dimainkan Di PS5/Xbox Series X

Rainbow Six menjadi game pertama yang menyokong fungsi ‘backward compatibility’ iaitu disk game ini dari konsol generasi masakini akan boleh dimainkan di sistem konsol generasi akan datang.

Kepada pemain Rainbow Six Siege di konsol, tak perlu risau untuk upgrade ke konsol generasi akan datang kerana disk game di PS4 boleh dimainkan di PS5, dan disk untuk Xbox One akan boleh dimainkan di Xbox Series X.

Berita ini diumumkan oleh pengarah kreatif, Leroy Athanassoff, dalam satu kenyataan terbaharu di laman rasmi Ubisoft. “Apa yang kami tahu dengan pasti adalah kami tidak mahu memecahbelahkan komuniti kita, membahagikan komuniti kita, dan kami tidak mahu kamu membeli satu lagi salinan Rainbow Six Siege pada harga penuh,” kata Athanassoff.

Beliau sekali lagi mengesahkan bahawa game itu nanti akan turut menyokong matchmaking rentas generasi (cross-gen), bermakna, pemain di PS4/Xbox One akan boleh main bersama PS5/Xbox Series X — satu berita yang telah kami laporkan sebelum ini.

Marilah sama-sama berharap agar lebih banyak game lain, terutamanya game online, mengikut jejak Ubisoft dan Rainbow Six Siege ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Steam Beri 3 Game Percuma Termasuklah Tomb Raider, Dapatkan Sekarang

Steam Beri 3 Game Percuma Termasuklah Tomb Raider, Dapatkan Sekarang

Memperkenalkan Buat Kali Pertamanya Secara Rasmi, Logo PlayStation 5

Sony Jelaskan Lebih Lanjut: Majoriti 4,000 Game PS4 Akan Boleh Dimainkan Di PS5