Kepada sesiapa yang belum pernah bermain Rainbow Six Siege. Korang boleh cuba secara percuma pada hujung minggu ini dari 16 hingga 20 Ogos di PS4, Xbox One dan PC. Akses penuh akan diberikan secara percuma termasuklah kesemua maps, modes dan operators.
Pengguna PC boleh mendapatkannya melalui Uplay. Pengguna PS4 juga boleh mendapatkan versi percubaan dari halaman produk Rainbow Six Siege di PlayStation Store, keahlian PS Plus diperlukan untuk bermain. Untuk Xbox One, ia boleh didapati di halaman produk di Xbox Store. Dan buat kali pertamanya, pengguna Xbox One tidak perlu ada langganan Xbox Live Gold untuk menyertainya, sesuai bagi pengguna tahap Silver. Namun, jika pengguna Xbox mahu membeli game ini, mereka masih memerlukan Gold.
Pengguna PS4 dan PC boleh mulakan pre-load game ini bermula dari tarikh 14 Ogos. Tapi pengguna Xbox perlu menunggu sehingga 16 Ogos untuk dimasukkan ke dalam sistem mereka.
Jika korang memutuskan untuk membeli game ini, korang boleh mendapatkannya dengan kadar diskaun di beberapa digital stores untuk masa terhad. Sebarang progress yang dibuat oleh pemain pada hujung minggu ini akan dibawa terus ke dalam game penuh. Di bawah ada jarak tarikh untuk jualan tersebut:
- PC (Uplay) :- 16-27 Ogos
- PC (Steam) :- 16-20 Ogos
- Xbox One :- 16-27 Ogos
- PS4 :- 14-25 Ogos
Ini semua adalah untuk meraikan Year 3 Season 3 yang bakal membawakan Operation Grim Sky akan datang, yang mana akan didedahkan semasa Six Major Paris pada 19 Ogos. Acara itu akan diadakan secara langsung melalui Twitch. Korang boleh mengetahui dengan lanjut mengenai versi percuma Rainbow Six Siege pada hujung minggu ini di sini.
Comments
Loading…