Anda masih berkira-kira untuk membeli game yang sudah dilancarkan lebih setahun ini? Inilah masa terbaik untuk anda mencubanya!
Ubisoft dalam laman web rasminya telah mengumumkan bahawa Rainbow Six Siege akan boleh dimainkan secara percuma bermula 2 hingga 5 Februari 2017. Tempoh percubaan ini akan disediakan seperti game penuh, lengkap dengan kesemua game mode, map dan Operator, serta boleh dimainkan di semua platform – iaitu PC, PS4 dan Xbox One.
Dan sekiranya anda berminat untuk membeli game ini selepas tempoh percubaan ini tamat, diskaun 50 peratus akan diberikan.
Untuk mencuba di PS4 dan Xbox One, masing-masing memerlukan langganan PlayStation Plus dan Xbox Live Gold.
Baru-baru ini, Ubisoft telah mendedahkan DLC terbaru yang akan datang untuk Rainbow Six Siege, iaitu Operation Velvet Shell.
Comments
Loading…