Hari ini kami nak kongsikan beberapa tips boleh membuatkan korang ternganga dan berkata, “Apa?! Boleh buat macam nih?!” Pelik tapi benar.

rainbow-six-wallpaper

Jadi, ayuh, anak muda. Usah melengahkan masa!

1. Enemy Boleh Ambil Armor.

Kalau korang nak tahu, sekiranya armor yang Rook campakkan itu, tak diambil semuanya oleh teammates, enemy akan boleh ambil (kalau diorang sempat datang dan ambillah, haha!)

rainbow-six-rook

2. Enemy Boleh Gunakan Deployable Machine Gun.

Kalau korang menggunakan operator Tachanka, pastikan korang meletakkan Deployable Machine Gun di tempat yang benar-benar strategik. Silap haribulan, weapon ini boleh makan tuan kalau jatuh ke tangan enemy!

rainbow-six-lmg

3. Apa Cara Nak Counter Operator Pulse?

Pernah tak korang terfikir, dengan heartbeat sensor yang ada pada operator Pulse, ada ke cara nak counter? Ya, ada. Operator IQ-lah jawapannya. Special gadget yang terdapat pada IQ boleh mengesan enemy yang sedang menggunakan heartbeat sensor.

rainbow-six-iq

4. Doc Boleh Revive Enemy.

Adakah korang mempunyai hati dan perasaan yang terlalu lembut dan tidak mahu lagi pembunuhan sesama manusia yang telah terjadi sejak azali lagi? Ya, korang boleh revive enemy menggunakan pistol ubat yang ada pada Doc dan hentikanlah segala sengketa antara manusia sejagat ini.

rainbow-six-revive

5. Baling Grenade Semula Ke Arah Enemy.

Ya, benar, korang baca dengan betul. Korang boleh melakukan gerakan ala-ala Chuck Norris dengan membaling semula grenade ke arah enemy. Kini, korang tidak perlulah lari lintang-pukang apabila ternampak grenade terbang ke muka korang. Baling semula ia ke arah enemy dengan penuh keyakinan!

rainbow-six-grenade

6. 12 Melee Attack Boleh Musnahkan Barricade Castle.

Korang tak bawa breach charge, kemudian menemui barricade oleh Castle dan terasa seperti perasaan korang dipermainkan? Usah bersedih, anak muda. Korang boleh lakukan 12 melee attack ke arah barricade Castle tersebut dan ia akan pecah. Namun, harus diingat, 12 melee attack akan mencipta bunyi yang kuat, jadi, berhati-hatilah ya.

rainbow-six-castle

Jadi, amacam? Ada tak lagi tips pelik tapi benar yang kami tertinggal? Apa kata korang kongsi dengan kami pula.

JomKomen!