in

Rainbow Six Siege Bawakan Kandungan Crossover Bersama Netflix, Acara Istimewa Money Heist

Bella ciao, bella ciao, bella ciao ciao ciao!

Pemain Rainbow Six Siege yang menonton dan mengikuti siri popular berbahasa Sepanyol di Netflix, Money Heist (La Casa de Papel) pastinya cukup teruja dengan berita ini.

Ubisoft telah mengumumkan bahawa Rainbow Six Siege akan membawakan kandungan crossover istimewa dari Money Heist. Satu acara dalam waktu terhad akan ditampilkan, yang mana mode Hostage akan kembali. Dalam mode ini, di map Bank, tebusan akan memakai topeng ikonik dan suit merah yang menjadi elemen penting dalam siri tv itu. Operator Hibana dan Vigil jugak akan memakai kostum itu, sekiranya pemain memilih untuk menggunakan kedua-dua Operator ini.

Selain itu, kosmetik tersebut juga boleh dibeli (dan digunakan dalam mode lain) untuk Hibana dan Vigil. Melalui pembelian bundle itu, pemain akan mendapat:

  • Hibana – kostum Red Jumpsuit, Emboldened headgear, Tokyo charm dan skin senjata Regal Mint untuk TYPE-89.
  • Vigil – kostum Red Jumpsuit, Nameless headgear, The Surrealist charm dan skin senjata Fresh Paper untuk K1A.

Acara ini akan berlangsung dari 20 hingga 25 November. Malah, Rainbow Six Siege turut membawakan hujung minggu percuma untuk dimainkan semua pemain dari 21 hingga 25 November.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ini Gambaran Awal Reka Bentuk Controller PS5, Tiada Light Bar, R2/L2 Lebih Besar

Ini Gambaran Awal Reka Bentuk Controller PS5, Tiada Light Bar, R2/L2 Lebih Besar

The Game Awards 2019 Dedahkan Pencalonan Akhir, Death Stranding Mendominasi - Undi Sekarang!

The Game Awards 2019 Dedahkan Pencalonan Akhir, Death Stranding Mendominasi – Undi Sekarang!