Ubisoft pernah mengumumkan pada Jun 2021 bahawa mereka akan membawakan fungsi cross-play antara platform konsol.
Terkini, melalui kemaskini Operation Solar Raid, Ubisoft akhirnya akan melancarkan fungsi cross-play ini pada 6 Disember 2022.
Harus diingat, fungsi cross-play ini hanya akan boleh dimainkan antara platform konsol iaitu PlayStation dan Xbox. Kedua-dua platform konsol ini tidak akan boleh cross-play dengan pemain di PC.
Selain itu, Operation Solar Raid akan turut memperkenalkan cross-progression antara semua platform termasuk PC, PlayStation dan Xbox. Dengan menyambungkan kepada satu akaun Ubisoft Connect yang sama, pemain boleh naikkan XP, level dan sebagainya di mana-mana platform.
Di samping itu, kemaskini pada bulan depan itu juga akan membawakan bermacam ciri baharu, antaranya battle pass baharu, map baharu, Operator baharu, pengenalan Ranked 2.0, dan lain-lain.
Comments
Loading…