Ini telah diumumkan oleh Ubisoft, dalam sebuah stream di Twitch.
Tidak dapat dinafikan, Rainbow Six Siege merupakan antara siri FPS kompetitif terbaik buat masa ini dan pilihan Ubisoft untuk meneruskan rancangan mengeluarkan DLC bagi siri ini sememangnya suatu berita yang menggembirakan.
Pengumuman ini telah dilakukan melalui laman Twitch Ubisoft dan juga melalui laman Twitter mereka. Namun begitu, buat masa ini masih belum ada berita samada DLC untuk tahun 2017 akan mengikut format yang telah dilaksanakan pada tahun ini iaitu 4 map serta 8 operator baru.
Baru-baru ini, Ubisoft telah mendedahkan DLC terakhir Rainbow Six Siege untuk tahun 2016 yang mengetengahkan CTU (counter terrorism unit) Jepun, Special Assault Teams (SAT).
Rainbow Six Siege juga masih lagi mempunyai ikutan yang ramai di Steam, dalam laporan baru-baru ini.
The past year has been an incredible journey, and we are excited to have you join us for another full year of content! pic.twitter.com/2W9youloDJ
— Rainbow Six Siege (@Rainbow6Game) November 13, 2016
Comments
Loading…