Semasa Apex Legends pertama kali dilancarkan, kami amat kagum dengan sistem ping yang dicipta oleh mereka. Dalam review untuk game itu, kami mengatakan bahawa ia merupakan satu mechanics baharu yang sangat bijak.
Terkini, selepas Fortnite, PUBG dan beberapa game lain yang mengambil inspirasi daripada sistem ping tersebut, game shooter popular Ubisoft, Rainbow Six Siege pula akan memperkenalkan sistem ping yang sama — yang mereka namakan sebagai Ping 2.0.
Pada ketika ini, tidak seperti Apex Legends yang membenarkan lebih banyak opsyen untuk di-ping, Siege hanya akan membenarkan pemain untuk ping ke arah gajet-gajet. Apa-apa gajet yang telah diletakkan di lantai, dinding atau siling, pemain boleh ping ke arahnya dan memberitahu pemain lain secara bukan lisan untuk melakukan sesuatu terhadap gajet tersebut. Juga seperti dalam Apex Legends, gajet yang di-ping akan mengeluarkan ikon khas.
Korang boleh saksikannya di bawah:
Komunikasi dalam sesebuah game seperti Siege adalah sangat mustahak. Maka, dengan adanya sistem ping ini, ia akan membantu sedikit sebanyak para pemain untuk merancang strategi bagi mereka yang tidak mahu/dapat berkomunikasi secara lisan.
Sebelum ini, sistem ping yang ada dalam Siege hanyalah ping berwarna kuning yang sangat asas, yang mana selalunya pemain lain tidak faham apa yang pemain itu ping-kan.
Ubisoft masih belum mendedahkan bilakah tarikh tepat Ping 2.0 akan dimasukkan ke dalam Siege, namun mereka mengatakan yang ia akan diperkenalkan pada separuh tahun pertama untuk Year 5.
Sumber: PC Gamer
Comments
Loading…