in , , ,

Rainbow Six: Siege Adalah Game Yang Lebih Baik, Tapi Mengapa Ia Tidak Sepopular Star Wars Battlefront?

Rainbow Six: Siege atau Star Wars Battlefront? Yang mana menjadi pujaan korang antara kedua-dua game ini?

rainbow-six-tachanka

Tahun 2015 merupakan satu tahun yang mempunyai pelbagai ceritanya yang tersendiri dalam dunia gaming. Dan sebagai peminat game bergenre shooter, Rainbow Six: Siege dan Star Wars Battlefront merupakan dua game yang paling Penulis nanti-nantikan.

Kini, kedua-dua game telah pun Penulis main dengan jumlah masa yang banyak. Dan apa yang Penulis ingin katakan, Rainbow Six: Siege adalah sebuah game yang lebih baik daripada Star Wars Battlefront.

rainbow-six-iq

JomBaca: Rainbow Six Siege: 4 Taktik Kotor Lagi Melicikkan Yang Korang Wajib Tahu!

Rainbow Six: Siege telah menjadi bukti yang nyata bahawa sekiranya sesebuah game itu adalah sangat baik, ia tidak perlukan promosi yang berskala besar seperti apa yang telah dilakukan oleh Star Wars Battlefront.

Korang sendiri boleh lihat bagaimana Star Wars Battlefront telah menggunakan jenama ‘Star Wars’ itu sebagai teknik pemasaran utama. Rainbow Six: Siege di sebaliknya pula adalah berlainan. Teknik pemasaran mereka tidaklah sebesar Star Wars Battlefront, namun, mereka menggunakan teknik pemasaran yang ‘sebenar’, di mana sekiranya sesuatu game itu adalah sangat baik, para pemain sendiri akan membantu game itu untuk ‘dipromosikan’ kepada rakan-rakan.

star-wars-battlefront-r2-d2

Star Wars Battlefront belum cukup untuk membuatkan kami benar-benar ‘ketagih’. Replay value-nya tidaklah seperti Rainbow Six: Siege. Secara jujur, Star Wars Battlefront sudah mula membosankan apabila masuk minggu kedua dimainkan. Dengan jangka masa tersebut, semua map telah dapat dihafal, gameplay yang terasa seperti sangat berulang-ulang (repetitive) dan tiada game mode yang benar-benar buat kami melekat.

Sebaliknya untuk Rainbow Six: Siege – yang Penulis telah mainkan dalam Closed Beta, Open Beta dan selepas sebulan bermain game penuh – ia masih lagi tiada unsur yang membosankan. Setiap map pada setiap round akan terasa berlainan apabila dimainkan disebabkan destruction yang sentiasa membuka jalan kepada objektif yang berlainan. Penulis masih lagi ingin explore, masih lagi tidak puas dan ingin sentiasa memperbaiki diri kerana Penulis masih lagi merasakan tidak ‘khatam’ dengan game ini.

JomBaca: Rainbow Six Siege: 5 Tips Untuk Elakkan Rakan Memanggil Korang Noob!

Rainbow Six: Siege juga menjadi bukti bahawa gameplay adalah sentiasa lebih diutamakan berbanding grafik. Bukan ingin mengatakan grafik tidak langsung penting atau grafik Rainbow Six: Siege adalah sangat teruk. Hakikatnya, Rainbow Six: Siege mempunyai grafik yang sangat mantap juga, namun ia tidak boleh menyaingi apa yang disajikan oleh DICE dalam Star Wars Battlefront. Tetapi, grafik yang cantik sahaja, dan gameplay yang tiada replay value yang tinggi akan membuatkan kita mudah lupa terhadap game tersebut.

Ya, benar, terlalu banyak isu yang sedang menghantui Rainbow Six: Siege kini seperti matchmaking yang sangat lambat, application error (crash), kerap disconnected dari server dan beberapa glitch/bug yang sangat menjengkelkan. Namun, ia adalah sesuatu kelemahan yang boleh dibaiki dan tidak mengganggu teras kepada gameplay itu sendiri. Juga, isu tersebut bukanlah terjadi sepanjang masa, dan apabila game ini berjalan dengan baik, sungguh sukar untuk berhenti bermain game ini

Dan apa yang kami nampak sekarang, Ubisoft benar-benar komited dalam menambahbaik game ini dari semasa ke semasa seperti membaiki isu matchmaking dan glitch/bug. Patch pertama yang dikeluarkan minggu lalu juga telah membaiki beberapa isu dan glitch yang telah diberi maklum balas oleh komuniti.

Selain itu, apa yang membuatkan kami lebih tertarik dengan Rainbow Six: Siege adalah sistem Season Pass mereka. Seperti yang kita ketahui, EA adalah sebuah pengeluar game yang tidak pernah henti mengikis duit para pemain dengan sistem Season Pass mereka yang tidak masuk akal. Dengan EA masih lagi tidak sedar dari buaian mimpi ini, Ubisoft telah mengambil langkah bijak dengan memberikan DLC percuma sepanjang tahun pertama untuk Rainbow Six: Siege. Season Pass yang ditawarkan dalam Rainbow Six: Siege pula hanyalah seperti mendapat Operator baru seminggu awal dan skin weapon yang hanya bersifat kosmetik.

Dalam friendlist Penulis, boleh dikatakan lebih dari separuh rakan bermain Rainbow Six: Siege pada setiap malam, dan separuh yang lain bermain game-game yang lain. Hal ini tidak berlaku kepada Star Wars Battlefront semasa ia masih lagi hangat diperkatakan. Sekarang ini tak usah sebutlah, ingin melihat 2, 3 orang untuk bermain Star Wars Battlefront pun payah. Ini adalah sesuatu pencapaian yang sangat memeranjatkan jika difikirkan bagaimana Rainbow Six: Siege tidaklah mempunyai hype yang tinggi jika dibandingkan dengan Star Wars Battlefront semasa game masing-masing belum dilancarkan.

star-wars-battlefront-sun-tatooine

Apabila kami berkongsi video Rainbow Six: Siege di group-group gaming yang lain, ramai yang bertanyakan “game apa ini?” Ya, sebenarnya, masih ramai lagi pemain di luar sana tidak mengetahui tentang kewujudan game ini, apatah lagi mengetahui betapa terbaiknya game ini. Rainbow Six: Siege adalah sebuah game yang layak untuk mendapatkan perhatian pemain di luar sana. It deserves better than this, kata orang putih.

https://www.youtube.com/watch?v=554XiLSZZeA

Senang cerita, Rainbow Six: Siege adalah game yang sangat, sangat underrated. Penulis secara peribadi mengharapkan game ini akan didedahkan kepada lebih ramai pemain. Penulis ingin menyeru kepada korang di luar sana untuk mendapatkan game ini, terutamanya jika korang adalah peminat game bergenre shooter. Korang tidak akan rugi apa-apa kerana Penulis berani jamin bahawa game ini adalah antara game shooter terbaik pernah Penulis mainkan.

Dan Penulis juga berharap kepada korang yang sedang berseronok memainkan game ini, sebarkanlah kasih sayang korang. Kongsikan pendapat, screenshot, video atau apa sahaja yang mampu mendedahkan kepada rakan-rakan korang bahawa game ini adalah sebuah game yang sepatutnya menjadi buah mulut para peminat game shooter.

JomBaca: Rainbow Six Siege: Biar Betul Kita Boleh Buat 6 Tips Ini?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

This War Of Mine: Game Survival Yang Menarik!

Valkyria Chronicles Remaster: Kelihatan Menarik Dulu Dan Sekarang!